Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parade


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bagi terjemahan bagi Street Parade?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah street parade ialah jalan pawai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah20.12.2023
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bagi perkataan Sovereign Parade?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

Sovereign Parade - Perbarisan Kehormatan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain30.12.2021
Mohon cadangan bagi nama Pertandingan Perarakan Beroda Tanpa Enjin (Parade Of Wheels) yang menarikDBP mencadangkan pihak puan memberikan nama pertandingan dalam bahasa Melayu sepenuhnya mengikut konsep yang ingin ditonjolkan. Sebaik-baiknya nama pertandingan tersebut turut menggambarkan citra Malaysia. Lain-lain05.09.2018
Apakah terjemahan bagi perkataan "review stand" atau "reviewing stand" iaitu "a stand from which a parade or military force can be reviewed". Saya sertakan gambar supaya lebih jelas maksudnya. Terima kasih.Untik makluman tidak terdapat istilah khusus untuk "review stand" atau "reviewing stand" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk "stand" ialah pentas atau astaka dan padanan bahasa Melayu untuk "review" ialah tinjauan atau pemeriksaan barisan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pentas tinjauan atau pentas pemeriksaan barisan.Istilah25.04.2016
Pohon pihak tuan kemukakan cadangan padanan bagi perkara yang dinyatakan dalam Jadual yang dilampirkan. Terima kasihCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah parade ialah jalan pawai, Order in Council ialah Perintah dalam Majlis Mesyuarat, Ruler in Council ialah Raja dalam Mesyuarat, Order of the King in Council ialah Perintah Raja dalam Majlis Mesyuarat, Federal Executive Council ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan, State Executive Council ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Settlement Executive Council of a Settlement ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selat bagi sebuah Negeri Selat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.04.2023

Kembali ke atas