| langkau dua baris tu macam mana sebab saya berminat nak buat cerpen dan novel tapi tak tahu. Mohon bantuannya | Langkau dua baris bermaksud selang sebanyak 2.0 yang boleh ditetapkan setting) pada ruangan paragraf. Dalam bahasa Inggeris, langkau dua baris bermaksud double spacing. | Lain-lain | 06.08.2022 | 
			
				| Selamat sejahtera bos Apakah Perbezaan antara para, pepara dan para-para Terima Kasih | 1. “Para” bermaksud:    i.             Rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain.   ii.            Kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai.   iii.           Bahan kenyal dan kalis air daripada susu getah atau bahan sintetik, biasanya digunakan untuk membuat tayar, sarung tangan, bola dan lain-lain.   iv.          “Paragraf”.    2. “Pepara” bermaksud sejenis tumbuhan (rumpai), rumput sendayan, Rhynchospora corymbosa.    3. “Para-para” bermaksud “para”, iaitu rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain.   Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1617 dan 1670.           | Lain-lain | 18.05.2024 |