Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra.mé.ter] | ڤاراميتر

Definisi : (paraméter) garis-garis yg menen­tukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yg ada batasan-batasannya: kalau ditinjau secara objektif, ~ kesetiaan seseorang berkisar dlm ruang bulatan yg berlegar dan bertindih; watak-watak di dalamnya bertingkah laku secara konkrit dlm lingkungan ~ sistem dunia itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parameter


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya adalah pakar bidang kualiti di UTM. Saya ingin bertanyakan istilah yang tepat berkenaan ayat berikut: ROBUST PARAMETER DESIGNKami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

robust parameter design - reka bentuk parameter teguh

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain07.12.2021
'Experiments are performed to study the effect of regularization parameter' ; apabila diterjemahkan ayat ini akan menjadi : ' Ujikaji dilakukan untuk mengkaji kesan parameter "regularization"'. Apakah istilah yang tepat untuk "regularization" ?terdapat beberapa cadangan untuk terjemahan di atas.walau bagaimanapun penggunaannya adalah mengikut konteks ayat. 1. mengikut aturan (UDG) 2. tetap (DIDIK) 3. regular (UBAT) 4. pengatur (KIM)Tatabahasa16.08.2007
Sy ingin bertanya tentang cadangan perkataan bagi ayat2 ini, sama ada perlu meggunakan perkataan "PERIMETER" @ "PARAMETER" : 1. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan sebagai penanaman perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. 2. Ini bermakna ruang 2 meter penanaman perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. Sy juga ingin bertanya tentang kewujudan perkataan "KEMUDAHSAMPAIAN" (accessibility) dalam istilah b.melayu atau dalam kamus dewan terbaru. Terima kasih.1. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, perimeter bermaksud ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. Manakala parameter bermaksud  garis-garis yang menen­tukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya.

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan yang sesuai ialah perimeter.

Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan  perimeter bagi setiap cadangan pembangunan.

Hal ini bermakna 2 meter perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian mengikut konteks ayat.
Tatabahasa08.09.2017
Salam sejahtera, Tajuk: Peranan imbuhan 'kan' dalam tatabahasa Terlebih dahulu penulis telah mengulang kaji TTB Dewan Bab Kata Kerja. Seorang penulis, saya selalu terjumpa pelbagai variasi ayat penyata (amnya) yang mungkin memerlukan imbuhan 'kan' ataupun sebaliknya. Kadang-kadang ia menjadi dilema kecil. Sebagai contoh: Kes 1: Kilang kami memerlu pekerja am dengan segera. Kilang Kami memerlukan pekerja am dengan segera. Kedua-dua ayat di atas adalah dalam bentuk asas FNFK, dan kedua-duanya betul jika dilihat dari segi tatabahasa. Apakah nasihat DBP? Kes 2: Sila perhatikan ayat-ayat pasif di bawah. (A1) XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentukan bahasa yang diinginkan. (A2) XYZ ialah parameter yang diguna untuk menentukan bahasa yang diinginkan. (A3) XYZ ialah parameter yang diguna untuk menentu bahasa yang diinginkan. (A4) XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentu bahasa yang diinginkan. Jika kita bermain dengan kaedah transformasi, ayat manakah yang persis? Apakah hujahnya? Terima kasih DBPAyat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut:
1. Kilang kami memerlukan pekerja am dengan segera.
2. XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentukan bahasa yang diinginkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 183  untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tatabahasa03.01.2012

Kembali ke atas