Pak Abu menggunakan sebilah parang pendek untuk ............... dahan pokok itu. Yang manakah jawapan paling tepat; MEMOTONG / MENCANTAS / MEMANGKAS | Pak Abu menggunakan sebilah parang pendek untukĀ mencantas/memangkas dahan pokok itu. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Apakah maksud ayat ini: Dia memarang hulu baginda itu lalu mangkat. | Dia menetak (dengan parang) kepala baginda lalu mati. Memarang - menetak, memotong dll dengan parang Hulu - Kepala (sastera lama) | Makna | 08.02.2009 |
apakah perbezaan makna perkataan cincang dan cencang? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cencang bermaksud tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Cincang juga mempunyai maksud yang sama dengan cencang, iaitu tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Maksud cincang yang lain ialah 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus. | Makna | 03.04.2012 |
Apakah alat yang akan digunakan untuk perkataan 'menebas'. Misalan kata, Ali menebas semak-samun dengan ______________. | Sabit atau parang. | Lain-lain | 24.01.2007 |
Apakah maksud peribahasa jangan pijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh | Peribahasa ini ada persamaan makna dengan peribahasa lain seperti belakang parang kalau diasah akan menjadi tajam juga, biar lambat asalkan selamat dan juga malu berkayuh perahu hanyut. T.kasih. | Lain-lain | 12.08.2008 |
apa perbezaan makna perkataan: 1) catit, catat 2) cencang, cincang 3) adalah, ialah | 1.catit sama makna dengan catat yang membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu. 2.cincang = sejenis tumbuhan, cungkil 3.cencang = tetak kecil-kecil atau halus dengan parang. 4.kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif. | Tatabahasa | 31.07.2007 |
Tuan, 1.Soalan:Mak Kiah ............ ikan keli itu di atas bara api. jawapannya : memanggang atau membakar . 2 Soalan :Pak Hamad sedang ............ sebiji durian untuk anaknya. Gambar menunjukkan seorang lelaki memegang sebiji buah durian pada tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang sebilah parang. jawapannya : membelah atau mengupas | 1. Mak Kiah memanggang ikan keli itu di atas bara api. 2 Pak Hamad sedang membelah sebiji durian untuk anaknya. | Tatabahasa | 06.03.2012 |