Rupa paras atau paras rupa? | Rupa paras dan paras rupa, kedua-duanya betul. | Lain-lain | 28.12.2015 |
Rupa paras atau paras rupa yang tepat? | Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan. Lazimnya, paras rupa lebih banyak penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Pada paras atau di paras? | Frasa yang betul ialah pada paras. | Tatabahasa | 24.04.2014 |
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya." | 1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan. | Istilah | 28.05.2013 |
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TK | Jawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.) | Tatabahasa | 05.04.2012 |
Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna Wajah | Menurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajah | Makna | 15.11.2015 |
Apakah kaedah dan cara yang betul untuk membuat pemerengganan karangan dalam bahasa Melayu ? Adakah perlu didekatkan atau dijarakkan ? Contohnya: Konsep-konsep ini memainkan peranan yang penting dalam penentuan mutu dan paras keyakinan. Konsep-konsep ini memainkan peranan yang penting dalam penentuan mutu dan paras keyakinan. | Saudara, Saudara bolehlah membuat rujukan tentang perkara ini dalam buku-buku yang terdapat di pasaran di tempat saudara. Walau bagaimanapun pada dasarnya pemerenggan dibuat berdasarkan tajuk besar, iaitu pengenalan atau latar belakang, isi dan penutup atau kesimpulan. Contoh yang diberikan tidak jelas. Diharap saudara dapat mengemukakan contoh semula. | Lain-lain | 18.12.2009 |
optimum | optimum - kedudukan (jumlah, paras, dan yang terbaik atau paling menguntungkan | Lain-lain | 25.09.2014 |
Soalan sains tahun 2 Bagi saya...rupa dan paras = bentuk badan adalah salah satu ciri Mintak pencerahan.. | Soalan ini mungkin disediakan berdasarkan silibus untuk subjek sains tahun dua. Kami mencadangkan tuan/puan bertanya dengan guru berkenaan untuk penjelasan lanjut. | Lain-lain | 07.06.2018 |
maksud sebenar bagi perkataan optima | Yang betul ialah optimum. Maknanya kedudukan (jumlah, paras, dll.) yang terbaik atau paling menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran, perkembangan, dll. | Makna | 23.11.2011 |