Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rupa muka (wajah): yg lima orang itu baik-baik belaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rupa muka seseorang; wajah: Mereka itu baik-baik belaka ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paras I

Puisi
 

Pucuk palas tumbuh di kuala,
     Sayang langgudi tumbuh di pancur;
Rupa paras saya tak gila,
     Kerana budi hatiku hancur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti emas yang sudah tersepuh.

Bermaksud :

Paras yang elok.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rupa paras atau paras rupa yang tepat?Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan. Lazimnya, paras rupa lebih banyak penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa19.04.2013
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya."1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan.Istilah28.05.2013
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TKJawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.)Tatabahasa05.04.2012
Apakah kaedah dan cara yang betul untuk membuat pemerengganan karangan dalam bahasa Melayu ? Adakah perlu didekatkan atau dijarakkan ? Contohnya: Konsep-konsep ini memainkan peranan yang penting dalam penentuan mutu dan paras keyakinan. Konsep-konsep ini memainkan peranan yang penting dalam penentuan mutu dan paras keyakinan.

Saudara,

Saudara bolehlah membuat rujukan tentang perkara ini dalam buku-buku yang terdapat di pasaran di tempat saudara. Walau bagaimanapun pada dasarnya pemerenggan dibuat berdasarkan tajuk besar, iaitu pengenalan atau latar belakang, isi dan penutup atau kesimpulan. Contoh yang diberikan tidak jelas. Diharap saudara dapat mengemukakan contoh semula.

Lain-lain18.12.2009
maksud sebenar bagi perkataan optimaYang betul ialah optimum. Maknanya kedudukan (jumlah, paras, dll.) yang terbaik atau paling menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran, perkembangan, dll.Makna23.11.2011
maksud minimum,upah minimumMaksud minimum ialah bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali; meminimumkan =  mengurangkan  ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yang tidak dapat dielakkan; peminimuman  = perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling ren­dah. Maksud upah minimum ialah kadar upah paling rendah atau paling sedikit.Makna16.09.2010
Mana satukah antara ayat-ayat di bawah yang menggunakan perkataan cocok dengan betul? a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud mempunyai cocok dari segi paras rupa.Perkataan cocok membawa pelabagai maksud iaitu; 1. sesuai benar, kena benar, sepadan  2. setuju, bersefahaman, sepakat  3. sama benar, tidak berbeza  4. tepat, betul  5. setuju di hati, suka  6. serasi. Berdasarkan makna yang tersebut kesemua penggunaan cocok dalam ayat-ayat tersebut betul;  a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud cocok dari segi paras rupa.Tatabahasa02.09.2009
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasihBerhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam.Lain-lain15.03.2009
Perkataan PUNDAK dalam Bahasa Indonesia adakah ia bermaksud PUNCAK dalam Bahasa Melayu, Malaysia.Thanks for your kind assistance.Pundak (bahasa Jawa) maknanya dalam bahasa Melayu ialah bahu atau diri seseorang manakala puncak pula bermakna bahagian yang tertinggi atau paras yang paling atas.Makna30.04.2005
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009
12

Kembali ke atas