Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. ( attrib ), ( of animals, plants, etc ) induk: the ~ birds feed the chicks, induk burung memberi makan kpd anaknya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. father or mother, ibu bapa: she introduced me to her ~s, dia memperkenalkan saya kpd ibu bapanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parent


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ibu bapa dalam bm ialah kata majmuk atau kata nama inti bagi kedua-duanya? dikira sebagai satu patah perkataan macam parent dalam BI atau ? Salah satu daripada faktor atau salah satu faktor.... perlu ke penggunaan kata sendi nama dalam frasa tersebut? kalau tidak perlu, mengapa pula ?Kata majmuk merupakan perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dua dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lengkap berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan terbitan DBP.Tatabahasa06.08.2007
Mohon terjemahan standard BM untuk industri ternakan ayam. 1. Day old Chick --merujuk kepada anak ayam berumur sehari. akronim inggeris yg lazim seluruh dunia ialah DOC 2. Pullet -- ayam penelur berumur 6 minggu sehingga saat bertelur (anggaran 15 minggu). harus diingat yg ayam penelur tidak pernah dikahwinkan untuk bertelur. 3. grower -- ayam pedaging selepas umur 14 hari sehingga saat dipanen sekitar 45-50 hari 4. parent stock -- ayam pembiak baka 5. grand parent stock --ayam yang menghasilkan keturunan pembiak baka 6. pure lines -- ayam yang menghasilkann keturunan grand parent stok 7.broiler --ayam pedaging 8. layer --ayam penelur terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

  1. Day old Chick = anak ayam sehari
  2. Pullet = ayam dara
  3. Grower = ayam kecil
  4. Parent stock = stok induk
  5. Grandparent stock = stok tuai induk
  6. Pure line = keturunan tulen
  7. Broiler = Ayam pedaging
  8. Layer = Ayam penelur
Istilah30.01.2019
Salam, apakah terjamahan bagi makna sister company? Sister company adalah bila perbadanan itu ialah subsidiari syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain. Atau dalam erti kata lain, sister company ini apabila terdapat dua syarikat yang mana kedua-duanya mempunyai satu parent company yang sama yang memegang mereka.Dalam data rujukan kami, terdapat istilah sister-subsidiary yang dipadankan sebagai subsidiari seinduk. Sehubungan dengan itu, cadangan bagi sister company ialah syarikat seinduk jika bersesuaian.Penyemakan dan penterjemahan27.08.2020
Mohon penjelasan penggunaan mukasurat bagi surat rasmi yang lebih daripada satu muka. Di surat pertama dipenjuru kanan bawah diletakkan ...2/- dan muka surat seterusnya diletakkan mukasurat sebenar surat di tengah-tengah bawah surat. Soalan saya jika surat yang dikeluarkan mempunyai tiga atau lebih bagimana cara pemberian mukasurat, terima kasih.

Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.  Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut.  

Lain-lain12.09.2022
Apakah definisi bagi istilah atau bidang 'falsafah bahasa'. Adakah DBP mempunyai pangkalan definisi daripada pengkaji-pengkaji saintifik yang pernah mendefinisikan bidang ini melalui penyelidikan.
Mengikut bidang linguistik, "falsafah bahasa" berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "philosophy of language". Sekiranya pihak saudara/saudari ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan "falsafah bahasa" tersebut, saudara/saudari bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka melalui sistem Katalog Awam dalam Talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/. Berdasarkan semakan kami menggunakan Sistem KAWAT, terdapat banyak bahan rujukan berkaitan dengan “falsafah bahasa” di Pusat Dokumentasi Melayu.
Tatabahasa02.05.2022

Kembali ke atas