Mana satukah yang betul? - kota Paris - Kota Paris | Ejaan yang betul ialah kota Paris kerana kota Paris bukannya kata nama Khas. Hanya Paris sahaja kata nama khas yang merujuk nama tempat. | Tatabahasa | 08.12.2015 |
Bolehkah bandar-bandar raya asing menggunakan perkataan bandaraya pada namanya? Contohnya, Bandaraya Mexico. | Lazimnya dalam penulisan, nama bandar ditulis terus seperti ayat "bandar-bandar besar di dunia seperti New York, London dan Paris". | Tatabahasa | 22.02.2015 |
Salam, apakah beza penggunaan 'rupanya' dengan 'rupa-rupanya'? Harap tuan/puan nyatakan ayat contoh. Terima kasih. | Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar; sebetulnya, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali. a) Kusangka dia ada di rumah, rupanya dia sudah keluar b) Rupa-rupanya rundingan damai di Paris itu akan berhasil. | Tatabahasa | 30.04.2014 |
Apakah terjemahan bagi 'airbus'? Kamus Dwibahasa DPB memberi 'bas udara'. Satu lagi terjemahan yg saya dapati (bukan DBP) ialah 'pesawat udara yg besar'. Harap mendapat nasihat. | Istilah airbus dalam bidang pengangkutan membawa dua maksud, 1. Bas yang khusus untuk membawa penumpang dari lapangan terbang terus ke pusat bandar, 2. Pesawat yang dibuat di Airbus Industrie, Paris, contohnya AB600. Bas udara yang saudara maksudkan ialah padanan "air-bus" dalam bahasa Melayu. | Istilah | 11.03.2009 |
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pusaka untuk cadangan menterjemah bagi 'System Champion' dalam Bahasa Malaysia. Untuk pengetahuan pihak tuan, 'system champion' di sini bermaksud "The key player in a particular organization, is the most important people involved in it." Saya mengguna "sistem campian" tetapi dikatakan tidak sesuai, oleh demikian saya harap pihak Dewan Bahasa dan Pusaka boleh membantu saya memberi cadangan yang terbaik. Hasil kerjasama pihak tuan akan membantu dalam pegetahuan pendidikan dan penyelidik di masa depan. Dengan ini, saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, Deborah L. Paris | Cadangan untuk perkataan "System Champion" dalam bahasa Melayu mengikut huraian yang diberi: Jaguh Sistem | Makna | 24.04.2018 |