Park and ride ; dalam bahasa Melayunya apa ? Di Putrajaya digunakan perkataan Park and Ride, macam tak ada perkataan bahasa Melayu | Saudara Abm, Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ada memberikan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut kepada pihak Perbadanan Putrajaya. Walau bagaimanapun, cadangan padanan tersebut masih dalam pertimbangan pihak berkenaan. Harap maklum. Terima kasih. | Istilah | 27.06.2009 |
Adakah terjemahan bagi 'hill park' adalah 'taman bukit' atau 'bukit rekreasi'? | Terjemahan yang dicadangkan untuk "hill park" ialah taman bukit. | Istilah | 07.09.2016 |
May i know what is the correct word for "water park" in Bahasa? Thank you | Padanan water park ialah taman air. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2015 |
yg mana satu betul: there is a boy and a girl in the park. atau there are a boy and a girl in the park . dan kenapa. terima kasih | Khidmat Nasihat Bahasa menangani masalah/pertanyaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti ejaan, tatabahasa dan istilah. Sila kemukakan pertanyaan saudara kepada pihak yang berkaitan seperti guru mata pelajaran bahasa Inggeris. | Lain-lain | 07.07.2011 |
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. 1. car park office - pejabat parkir 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila teruskan ke tahap seterusnya | 1. car park office - pejabat tempat letak kereta 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila ke aras seterusnya | Tatabahasa | 29.08.2012 |
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengahari Aras 2, Car Park Pasaraya Giant, Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir! | 1. Sila betulkan ejaan: TENGAH HARI, PASAR RAYA dan KOMERSIAL. 2. Sila pinda Car Park kepada Tempat Letak Kereta Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 02.04.2014 |
PEJABAT URUSAN DAN KHIDMAT SEWA BILIK SEMINAR ICM TRAINING AND CONSULTANT NO. 53-1, JLN SUNGAI RASAU F32/F, BERJAYA PARK, SEKSYEN 32, 40460, SHAH ALAM, SELANGOR | Salam sejahtera, Untuk pengesahan iklan sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 15.07.2017 |
Saya ingin bertanya, jika terjemahan nama khas tempat adakah perlu kekalkan namanya atau boleh terjemah ke bahasa Melayu? Contohnya Central Park Zoo, New York, University of Yarmouk, The Garden of Eden dan lain-lain. | Nama khas yang telah diwartakan sebagai satu perkataan tidak perlu diterjemah ke bahasa Melayu. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagar | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Luxury mixed development - Pembangunan becampur yang mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda Freehold - Pegangan kekal An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan alam semula jadi Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2016 |
Saya ingin meminta pengesahan dari Pihak Dewan Bahasa Pustaka untuk penggunaan bahasa dalam papan iklan kami. KEDAI MOTOSIKAL Nama Kedai : FAZRO MOTORRAD GARAGE Alamat : No.48&50 Jalan Penyair U1/44 Hicom Glenmarie Industrial Park 40150 Shah Alam, Selangor No Tel : 03-55670033 Email : fazro.motorrad@gmail.com Jenis Perniagaan : bengkel motosikal, alat ganti motosikal, menjual motosikal | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 09.11.2014 |