Pertanyaan ini berkaitan dengan imbuhan pinjaman daripada bahasa asing. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 309 di bawah tajuk 'imbuhan daripada Arab-Parsi' dinyatakan cuma satu sahaja, iaitu awalan bi- yang diambil daripada Parsi. Sebenarnya Parsi yang sekarang ini ialah Iran bukan dalam kalangan negara Arab. Imbuhan bi atau be (e taling) pada mereka memang benar membawa maksud tidak seperti perkataan bewafa (tidak setia) tetapi bi- dalam bahasa Arab membawa maksud dengan (kata sendi nama) dan tidak pernah membawa maksud tidak seperti bi + adab = biadab. Dalam bahasa Arab bila dikatakan bi al-adab, membawa maksud secara beradab atau dengan adab bukannya secara tidak sopan. Harap pihak tuan dapat menjelaskan kemusykilan ini. | Maklumat dan pertanyaan tuan ini perlu kami rujuk pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu para penyusun buku Tatabahasa Dewan. Maklumat yang diperoleh akan kami e-melkan kepada pihak tuan. Kami berusaha mendapatkan maklumat yang tersebut dengan kadar yang segera. | Lain-lain | 18.08.2015 |
Salam Perpaduan, 1. Apakah terjemahan yang tepat bagi program "My Beautiful Malaysia"? 2. Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam Bagaimanakah cara untuk menentukan penggunaan kata nama am atau kata nama khas bagi contoh di atas? 3) Apakah beza sempang dan sengkang? 4) Bilakah kita perlu menggunakan satu tanda petik dan dua tanda petik? Terima kasih. | 1. Program My Beautiful Malaysia belum mempunyai terjemahan yang khusus dalam data PRPM. Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah Malaysiaku Permai. 2. Bagi ejaan yang dinyatakan dan cara hendak menentukan ejaan kata nama am atau kata nama khas, kami akan merujuk pakar bahasa dan akan memaklumkan kepada saudara kemudian. 3. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sempang dan sengkang boleh merujuk simbol yang digunakan dalam kata hubung. Walau bagaimanapun kedua-dua perkataan tersebut ada makna lain yang tidak boleh disamakan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau layari prpm.dbp.gov.my . 4. Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (" "). | Tatabahasa | 07.02.2013 |
Salam1Bahasa, 1. Apakah maksud program "1Million Women Purple Walk" dalam bahasa Melayu? 2. Soalan saya yang belum berjawab pada 7.2.2013, iaitu Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam d) nasi kerabu Golok ATAU nasi kerabu golok Terima kasih. | 1. Dala data kami tiada terjemahan khusus bagi program "1miliion Women Purple Walk". Walau bagaimanapun, cadangan kami mengikut konteks tujuan penganjuran program tersebut ialah Rintis Perpaduan Sejuta Wanita. 2. Ejaan yang betul ialah kembar Siam, kucing Parsi, kembar Siam, nasi kerabu Golok. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
Salam, betulkah ayat ini? Encik Logan mempunyai beberapa ekor kucing Parsi yang sangat besar dan gebu. Bolehkah kata adjektif 'gebu' digunakan untuk bulu kucing Parsi?Terima kasih. | Perkataan gebu dalam ayat di atas tidak sesuai. Gebu merujuk kepada 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg gebu. Penggunaan perkataan gebu bagi merujuk kepada bulu kucing tidak sesuai. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Contoh ayat: 1. Bahasa utamanya ialah bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdis, dan bahasa Turki. 2. Wilayah tersebut mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran, suku Arab, suku Yunani, suku Yahudi dan lain-lain. 3. Dia telah menjalankan penyelidikan di Vietnam, di Indonesia, dan di Thailand. Adakah perkataan "bahasa", "suku", dan kata sendi nama "di" dalam ayat-ayat tersebut perlu diulang bagi setiap contoh atau boleh digugurkan bagi contoh yang kedua dan seterusnya? | Waalaikumussalam perkataan bahasa, suku dan kata sendi nama di tidak perlu diulang bagi contoh yang seterusnya. | Tatabahasa | 07.02.2017 |
Daripada bahasa apa perkataan "firman" dipinjam? | Menurut kajian pakar, kata firman merupakan kata pinjaman daripada bahasa Parsi. Sila rujuk maklumat etimologi yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 600). | Lain-lain | 18.08.2023 |
Betulkah ayat ini? 1) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 2) Azizul Hasni Awang berjuang berhabis-habisan untuk memartabatkan sukan negara. 3) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 4) Erry menolong ibunya mengangkat barang di dalam kereta. | - Ayat yang diberikan adalah betul
- Ayat yang diberikan adalah betul
- Ayat yang betul ialah Tentera Rom telah menguasai salah satu daripada daerah di Parsi setelah menumpaskan Raja Hercules.
- Ayat yang betul ialah Erry menolong ibunya mengangkat barang daripada kereta.
| Tatabahasa | 07.07.2022 |
apakah 5 teknik pengajaran yang berkesan untuk mengajar kata terbitan imbuhan pinjaman? | Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 10 : Pembentukan Perkataan Baharu ; Imbuhan Sanskrit, Arab - Parsi dan Yunani - Latin - Inggeris. | Tatabahasa | 05.07.2008 |
1. Apakah ciri-ciri imbuhan awalan pinjaman? 2. Ada berapa jenis imbuhan awalan pinjaman dalam bahasa Melayu? 3. adakah imbuhan awalan pinjaman lain selain awalan pinjaman inggeris, sanskrit, arab-parsi dan yunani? 4. bolehkah pihak tuan memberi cadangan buku atau bahan yang sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan berkaitan dengan imbuhan awalan pinjaman? | Salam sejahtera, Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran Contoh: Imbuhan awalan ialah awalan maha yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contohnya Mahaguru dan Mahasiswa manakala imbuhan akhiran ialah akhiran wan yang bermaksud pelaku atau pemilik. Contohnya Angkasawan dan Bangsawan. Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Awalan 'pasca' ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sesudah. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmod terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 21.10.2017 |
mengapakah serapan bahasa arab di dalam tulisan jawi ada yang tidak dieja dengan perkataan asal? adakah DBP mahu menambah lagi huruf di dalam tulisan jawi seperti huruf "ژ" ZH yang berasal daripada tulisan parsi. | Kami mengambil maklum berkaitan dengan pertanyaan tuan dan akan menghubungi tuan melalui e-mel dalam masa yang terdekat untuk penerangan yang lebih jelas. | Ejaan | 31.10.2023 |