Salam. Bolehkah saya tahu terjemahan untuk "payment partner" untuk ayat "Ery's payment partner is iPay88"? bolehkah saya guna "rakan kongsi pembayaran" atau "mitra pembayaran"? terima kasih. | Frasa "Rakan kongsi pembayaran" boleh digunakan untuk frasa "payment partner". | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Apakah padanan yang sesuai untuk terma "sparring partner" dalam konteks bisnes/korporat? Contoh ayat: "Working with the Managing Director as sparring partner, XXXXX is also the key person behind the design and setting up of xxxxxxxxxxxxx" | Kami mencadangkan padanan “rakan kongsi” untuk "sparring partner" dalam konteks perniagaan atau korporat. | Lain-lain | 29.11.2021 |
Your Partner For Environment Care | Rakan Anda untuk Pemuliharaan Persekitaran Lestari | Istilah | 07.01.2011 |
pakah ayat yang bersesuaian bagi menggantikan ayat dalam bahasa inggeris seperti berikut ? 1. PEOPLE BUSINESS PARTNER & ORGANISATION DEVELOPMENT 2. PEOPLE PARTNER Kedua dua ayat ini digunakan dalam panggilan jabatan dan ianya memerlukan dialihbahasa ke Bahasa Malaysia. Terima kasih. | Jika ingin mendapatkan terjemahan yang lebih tepat, mohon berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat. Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan: 1. PEOPLE BUSINESS PARTNER & ORGANISATION DEVELOPMENT - PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN RAKAN KONGSI PERNIAGAAN 2. PEOPLE PARTNER - RAKAN KONGSI ANDA | Makna | 14.09.2022 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi Senior Partner di dalam Bahasa Malaysia? | Cadangan terjemahan "Senior Partner" ialah rakan kongsi utama. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.11.2015 |
Apakah ayat yang bersesuaian bagi menggantikan ayat dalam bahasa inggeris seperti berikut ? 1. PEOPLE BUSINESS PARTNER & ORGANISATION DEVELOPMENT 2. People Partner Kerjasama dari tuan/puan adalah amat dihargai. | Mohon nyatakan konsep dan konteks penggunaan frasa tersebut kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut bidang atau laras bahasa. | Makna | 09.09.2022 |
Salam sejahtera, Apakah tejemahan yang sesuai bagi "Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure"? 1. Prosedur Perjanjian & Perjanjian Semula Rakan Perniagaan 2. Prosedur Pengelibatan & Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan 3. Perjanjian Rakan Perniagaan & Prosedur Perjanjian Semula 4. Lain-lain (sila berikan pendapat anda). Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih sekali lagi. | Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure boleh diterjemahkan kepada Prosedur Perjanjian dan Perjanjian Semula Rakan Perniagaan, atau Prosedur Pengelibatan dan Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan, bergantung kepada konteks sebenar penggunaan dan maksud keseluruhan teks. Penterjemah lebih memahami konsep sebenar yang dibincangkan dalam wacana tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.07.2015 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi istilah berikut dalam bidang psikologi: 1.nonindependence 2.partner-prescribed perfectionism 3.maladaptive coping 4.developmental transition Segala kerjasama didahului dengan jutaan terima kasih. | Cadangan terjemahan: 1. non-independence = tidak bebas 2. partner-prescribed perfectionism = pasangan ditetapkan ingin sempurna 3. maladaptive coping = daya tindak maladaptif 4. developmental transition = peralihan pembangunan Tuan hendaklah menyemak semula kesesuaian cadangan terjemahan ini dengan konteks penggunaanya. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.04.2015 |
Assalamualaikum Tuan, Minta jasa baik untuk mengedit bahasa Melayu seperti di bawah ini , terima kasih: Saya Hasbi dari syarikat HBY, adalah regional partner Malaysia dari RZ Products Germany Kami ingin memperkenalkan produk keselamatan untuk melindungi Data Center room , NATO standard kami ingin meminta jasa baik tuan untuk mendapat satu tarikh temu janji untuk kami berikan sedikit maklumat tentang produk tersebut. Sila Tuan rujuk attachment file sedikit maklumatnya Jika ada sebarang pertanyaan sila tuan hubungi saya : Hasbi - 014 228 3352 Terima kasih Wassalam HBY Cakradonya | Saya Hasbi dari syarikat HBY, ialah rakan kongsi wilayah (regional Partner) Malaysia dari RZ Products Germany. Kami ingin memperkenalkan produk keselamatan untuk melindungi Data Center room , NATO yang standard. Kami ingin meminta jasa baik tuan mengatur temu janji untuk kami memberikan maklumat tentang produk tersebut. Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 014 228 3352. Terima kasih. Wassalam. Pembetulan ini berdasarkan kefahaman kami tentang teks yang disertakan. | Tatabahasa | 03.12.2014 |
Tuan/Puan, Mohon berikan padangan yang bersesuaian untuk "become pregnant" dalam ayat di bawah. Sumber: If your partner becomes pregnant during the study, you should tell the study doctor immediately. Sasaran: 1. JJika pasangan anda hamil semasa kajian, anda hendaklah memberitahu doktor kajian dengan segera. atau 2. Jika pasangan anda menjadi hamil semasa kajian, anda hendaklah memberitahu doktor kajian dengan segera. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan "become pregnant" diterjemahkan sebagai "hamil". Walau bagaimanapun, padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.06.2021 |