Adakah penggunaan kata adjektif untuk haiwan berikut betul? "Paruh itik tumpul tetapi paruh ayam tajam" Terima kasih. | Penggunaan kata adjektif tersebut betul dan boleh digunakan. Ayat yang betul ialah Paruh itik adalah tumpul berbanding paruh ayam adalah tajam. | Tatabahasa | 24.01.2018 |
MAKNA CUCUK, CUCUR, DAN CUCUH | Cucuk bermaksud sesuatu yang tajam digunakan untuk menusuk, atau paruh, patuk, atau barisan yang terdepan. Cucur bermaksud aliran ke bawah (air); kuih yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain yang digoreng. Cucuh bermaksud memasang atau menyalakan. | Makna | 27.04.2009 |
Apakah perbezaan mematuk, mencatuk, memagut. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: mematuk 1. memagut atau mencatuk (biasanya dengan paruh) 2. memukul (picu atau petikan bedil) memagut 1. mematuk (ular, burung, dll), mencatuk 2. memeluk, mendakap 3. (kiasan) mengelubungi, menyelubungi mencatuk 1. mematuk (memagut) dengan muncung atau paruh 2. mengatuk (melukai, memetak, menakuk, dll) dengan hujung benda yang tajam. | Makna | 15.09.2011 |
Nama saya Ilham tuyong saya inginkan mensoal apakah makna Burung | Menurut data kami, maksud burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbang | Makna | 07.11.2015 |
Salam sejahtera. Mohon beri terjemahan untuk perkataan SWAN (haiwan). Terima kasih. | Dalam data kami, ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulupelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2017 |
Salam sejahtera. Mohon beri terjemahan untuk perkataan SWAN (haiwan). Rujuk lampiran untuk haiwan yang dimaksudkan. Terima kasih. | Dalam data kami, ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulupelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.01.2017 |
Bagaimana ayat berikut boleh diperbaiki jika 'nya' tidak boleh digunakan? Gagak itu cuba memasukkan paruhnya ke dalam jag itu. Ataupun 'paruhnya' betul jika 'nya' dianggap sebagai kata penekan? | Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Oleh itu, 'nya' perlu digugurkan dalam ayat tersebut dan menjadi Gagak itu cuba memasukkan paruh ke dalam jag itu. | Tatabahasa | 21.12.2011 |
Adakah padanan istilah di bawah tepat? Goose - Angsa, Duck - Itik, Swan - Joyinah. | Padanan bagi Goose - Angsa dan Duck - Itik adalah tepat. Padanan Swan dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah Swan. Ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper, leher panjang, bulu pelepah kalis air, kepak panjang dan tirus, ekor dan kaki pendek dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | Istilah | 01.04.2018 |
APAKAH JAWAPAN YANG SESUAI BAGI SOALAN BERIKUT YANG DIPETIK DARIPADA KERTAS SOALAN PENILAIAN SEMESTER PERTAMA SJK(C) PUAY CHAI 2, BANDAR UTAMA : PUAN YONG SEDANG ........... KULIT AYAM YANG BARU DIBELINYA. A) MENYIANG B) MENGUPAS C) MENYIAT D) MELAPAH PADA PANDANGAN SAYA, JAWAPAN IALAH C, TETAPI CIKGU MENYATAKAN BAHAWA JAWAPANNYA IALAH A. TERIMA KASIH. JESSICA | Puan Jesica, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. menyiang (ikan, ayam dsb)utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. mencarik halus-halus (dgn tangan, gigi, paruh, dll), mencarik (kertas), manakala menyiat bermakna mengoyak (kulit drpd daging, kertas, dll), melihat daripada makna yang diberikan dalam kamus dewan, kedua-duanya boleh digunakan. Namu pada kebiasaannya perkataan yang lebih tepat ialah menyiat. Terima kasih | Makna | 17.03.2009 |
sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul? | Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 10.07.2010 |