| lebuh-lebuh raya? lebuh raya-lebuh raya? pasar-pasar raya? pasar raya-pasar raya? yang mana betul? terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah lebuh-lebuh raya dan pasar-pasar raya. Walau bagaimanapun perkataan ini tidak digandakan kerana untuk memastikan sama ada perkataan tersebut dalam bentul tunggal atau jamak boleh dilihat kepada keseluruhan ayat. Ayat "Perjalanan ke rumahnya melalui sebatang lebuh raya ..." sudah pasti dalam lebuh raya tersebut dalam bentuk tunggal dan ayat "Pasar raya di seluruh negara akan menganjurkan ..." sudah pasti banyak pasar raya yang terlibat. | Ejaan | 20.06.2011 |
| apakah bentuk jamak (plural) yang betul bagi perkataan berganda, seperti 'pasar raya besar' (hypermarkets), 'pejabat pos' (post offices) dll. Adakah ia pasar-pasar raya besar' atau pasar raya-pasar raya besar' 'pasar raya besar-pasar raya besar'?. Terima kasih. Mohd Halimi Karim | Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Cth. pasar-pasar raya besar; pejabat-pejabat pos. | Tatabahasa | 01.04.2008 |
| Rupa buah "kelapa laut" yang biasa dilihat dijual di pasar-pasar malam adalah seperti yang dilihat dalam gambar di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Borassus_flabelliferDan nama saintifik yang diberikan ialah "Borassus flabellifer".Tetapi pencarian istilah "kelapa laut" di PRPM memberi takrifan "Lodoicea maldivica", iaitu buah ini:http://en.wikipedia.org/wiki/Coco_de_MerJadi, mana satu buah "kelapa laut" yang betul? | Untuk makluman nama saintifik yang diberikan, iaitu Lodoicea maldivica terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Nama saintifik ini merupakan nama untuk sejenis kelapa laut. Mungkin nama yang puan kemukakan merupakan salah satu spesies kelapa laut. | Istilah | 02.11.2011 |
| BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYA | Boleh. Sentral bermaksud 1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara. | Istilah | 09.06.2010 |
| Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam? | Salam sejahtera puan, Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam. Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam. | Makna | 01.11.2012 |
| Selamat pagi. Perkataan Membeli-belah hanya boleh digunakan di pasar raya? Di pasar boleh kita gunakan perkataan Membeli-belah? Terima kasih | Perkataan “membeli-belah” bukan hanya boleh digunakan untuk merujuk pembelian barang di pasar raya sahaja, akan tetapi di pasar juga. | Tatabahasa | 06.07.2023 |
| Salam sejahtera, Tuan; Manakah yang betul? Pasar raya Tesco atau Pasar Raya Tesco? Terima kasih. | Pasar Raya Tesco | Tatabahasa | 08.02.2013 |
| Salam sejahtera, Kita boleh memperoleh buah-buahan di dusun,di pasar pagi,di pasar raya dan di gerai buah.(perlukah kata sendi nama "di" ditambah di depan setiap tempat ). | Tidak perlu menambah kata sendi “di” di depan setiap perkataan yang merujuk tempat kerana bersifat lewah. Ayat yang betul adalah: “Kita boleh memperoleh buah-buahan di dusun, pasar pagi, pasar raya dan gerai buah-buahan.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 265-266 | Tatabahasa | 18.11.2025 |
| 1)pada suatu hari,saya ke pasar. 2) di suatu hari,saya ke pasar. 3)pada satu hari, saya ke pasar. yang mana satu betul? | 1. Pada suatu hari, saya ke pasar. | Tatabahasa | 13.05.2011 |
| PASAR MINI GIRI TEXTILE SDN BHD | Sila layari http://dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan. | Lain-lain | 20.11.2018 |