Penggunaan kata 'dan'. Ayat mana satu betul. 1)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal, dan sepat. 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat. | Ayat yang betul - 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat. | Tatabahasa | 07.08.2008 |
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat m/s 1034. Kata `mini ` mempunyai maksud (1)sangat kecil, sangat pendek. ( 2) sebagai imbuhan awalan asing iaitu juga bermaksud sangat kecil atau singkat. Maka contoh yang diberikan seperti bas mini, karipap mini, pasar mini. Mengapakah `miniskrit` dikatakan betul? Salahkah jika ditulis `skirt mini`kerana l`skrit mini `lebih tepat dari segi hukum D-M? | Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah, istilah yang tepat ialah skirt mini. Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan perkataan ini disebabkan oleh kelaziman penggunaannya dalam kalangan penutur bahasa Melayu. | Istilah | 18.04.2009 |