1.Di pasaran atau dalam pasaran? 2.Saya tertarik oleh keindahan Pulau Tioman atau saya tertarik dengan Pulau Tioman? 3.Banyak pelajar tidak hadir atau ramai pelajar tidak hadir | 1. Dalam pasaran. 2. Saya tertarik dengan keindahan Pulau Tioman. 3. Kedua-dua boleh digunakan. | Tatabahasa | 09.08.2008 |
Apakah istilah untuk "Market Insight" dalam Bahasa Melayu? Bolehkah "Tinjauan Pasaran" atau "Penelitian Pasaran" digunakan? Sekian, terima kasih. | Istilah market Insight masih belum ada dalam pangkalan data kami. Cadangan yang sesuai bagi istilah Market Insight ialah Matlamat Pasaran | Makna | 17.04.2017 |
Apakah perbezaan antara 'pasaran gelap' dengan 'pasar gelap'? Mengapakah buku antologi terbitan DBP 'jaket kulit kijang dari istanbul' menggunakan pasaran gelap untuk menyatakan makna pasar gelap? | Merujuk data yang ada dalam sumber rujukan kami, "pasaran gelap" dan "pasar gelap" kedua-duanya merupakan padanan bagi istilah black market. Justeru, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.03.2015 |
Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan 'one-stop marketplace' dalam Bahasa Melayu? | Cadangan kami one-stop marketplace diterjemahkan kepada pasaran sehenti atau Pusat Pasaran Sehenti sekiranya merujuk tempat. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.08.2019 |
Ayat : Pasaran orkid tempatan atau dunia terbahagi __________ tiga kategori, iaitu orkid yang siap dipotong, orkid yang dikacukkan dan orkid yang dijual dengan pokoknya sekali. A pada B dengan C kepada D daripada Soalan : yang mana jawapan yang sesuai & berikan alasan. | Jawapannya D. kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya. | Tatabahasa | 16.06.2016 |
"Selain untuk pasaran tempatan, mangga Harum Manis ini juga dieksport ke luar negara," kata pengurus ladang itu. Betulkah ayat ini? | Penggunaan tatabahasa dalam ayat betul. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi istilah "Salary Market Surveys"? Adakah "Tinjauan Pasaran Gaji" atau "Kaji Selidik Pasaran Gaji"? Apakah perbezaan antara perkataan 'tinjauan" dan "kaji selidik"? | Untuk terjemahan yang tepat, mohon saudara hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 03-21424381. Maksud "tinjauan" ialah "perbuatan meninjau", manakala maksud "kaji selidik" pula ialah "kegiatan atau usaha untuk mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan disebabkan sesuatu yang nyata. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.09.2014 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah berikut: >> a) counter-cyclical measures - mengurangkan atau meneutralkan kesan-kesan anti-sosial kitaran ekonomi, termasuk menggalakkan perbelanjaan ketika kegawatan, dan mengetatkan kredit semasa tempoh inflasi. b) volatility - menerangkan keadaan pasaran komoditi dunia / pasaran saham yang tidak menentu (turun naik dalam harga/indeks) - adakah terdapat pilihan selain perkataan "turun naik"? Terima kasih. | Cadangan kami, (a) counter-cyclical measures = langkah-langkah tindak balas kitaran ekonomi (b) volatility = ketaktentuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2015 |
Apa maksud siap saga ? Adakah penggunaan istilah siap saga dan berkeboleh pasaran betul dalam ayat ini ? Justeru, saudara saudari perlu bersiap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkeboleh pasaran dan berdaya saing. | Ayat yang betul ialah Oleh sebab itu, saudara saudari perlu siap saga untuk membuktikan bahawa graduan keluaran IKN berkualiti, berinovatif, berdaya usahawan, berkebolehpasaran dan berdaya saing. | Istilah | 10.09.2014 |
Contoh ayat sebelum dan selepas yang diminta berkaitan terjemhaan tepat untuk "free market entry". Saya terjumpa terjemahan ini ketika mencari di internet (bahan berkaitan istilah ekonomi) "Jika perusahaan anda mempunyai kedudukan dominan dalam suatu pasaran, anda perlu mmemastikan perusahaan anda tidak menggunakan kedudukan yang kukuh dalam pasaran itu untuk merosakkan persaingan. Walau bagaimanapun faktor-faktor lain akan diambil kira dalam menilai dominans termasuk faktor sama ada terdapat kebebasan keluar masuk pasaran". | Pada pandangan kami, terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan free market entry ialah kemasukan ke pasaran bebas. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2017 |