Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasport 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat, Mohon bantuan untuk menterjemahkan seperti berikut: 1) Entry Stamp (berkaitan dengan pasport) Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "entry stamp" ialah cap masuk.Istilah17.06.2016
Salam, Saya hendak bertanya apakah perbezaan di antara penggunaan perkataan migrasi, imigrasi dan imigresen? Adakah penggunaan perkataan imigrasi bersamaan dengan imigresen? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
i. migrasi - 1. perpindahan penduduk dari sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat lain 2. perpinĀ­dahan (burung) dari satu tempat ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim
ii. imigrasi - perihal masuk ke negeri asing untuk menetap
iii. imigresen - pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport untuk warganegara dsb.
Berdasarkan maksud yang diberikan di atas, perkataan "imigrasi" dan "imigresen" adalah berbeza.
Makna03.05.2013
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019

1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut:1">

  1. Pegawai Imigresen1">
  2. Pegawai Imigresen Kanan1">
  3. Pegawai Imigresen Tinggi1">

2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah:1">

1"> 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen. 1">

1"> 

3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”.1">

1"> 

4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah:1">

            i. rujukan surat:1">

                        DBP/173/14/4/K.3 (68)1">

            ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat”1">

a)    Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan  1">

b)    Kos cetak RM3.00/naskhah
        c)    22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai

Tatabahasa08.04.2019

Kembali ke atas