Kata kerja dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Bahasa Inggeris berikut: Attempted, Experienced, Answered, Completed, Passed, Failed. Lihat lampiran untuk penggunaannya. | Kata kerja dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan adalah seperti yang berikut: Attempted - Mencuba Experienced - Mengalami Answered - Menjawab Completed - Menyelesaikan/Melengkapkan Passed - Meluluskan Failed - Menggagalkan | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2016 |
Apa saranan terjemahan bagi perkataan 'passed' dalam konteks penyakit berjangkit/keturunan? Terima kasih. | Salam sejahtera, Puan, Sila beri contoh penggunaan dalam ayat untuk pihak DBP memberi padanan yang sesuai. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 23.12.2019 |
Can this station design be passed? | Penggunaan bahasa dalam iklan ini betul. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 19.04.2017 |
Apakah maksud yang berpadanan dengan istilah bahasa Inggeris "meme". Berikut sedikit huraian maksudnya dalam bahasa Inggeris. -an element of a culture or system of behaviour passed from one individual to another by imitation or other non-genetic means. -an image, video, piece of text, etc., typically humorous in nature, that is copied and spread rapidly by Internet users, often with slight variations. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk meme dalam pangkalan data kami. Mohon tuan/puan berikan penggunaan meme dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanannya yang sesuai dalam bahasa Melayu. | Istilah | 05.03.2018 |
Dear Sir/ Madam, Could you please help me to check the register no 62047/2016 as the wordings of Malayan English Academy and Authorised Centre have been approved by Dewan Bahasa on 14/11/2016 for Banner MEA, the passed number for the banner is DBP/KPB/201611/12490. We can't change the Authorised Centre as it's Cambridge Original logo. I hope to hear from you soon. Thank you. Best regards, Joey Lim | Sila hantar semula iklan tersebut dan maklumkan dalam borang tersebut bahawa "Authorised Centre" ialah sebahagian daripada logo Cambridge yang tidak boleh ditukar. | Lain-lain | 13.12.2016 |
Apakah padanan Bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan perkataan "meme" dalam contoh ayat yang berikut: A suburban teen girl and her little brother must stop a terrifying internet meme brought to life by the hysteria of their parents. Melalui carian dalam talian, "meme" boleh ditakrifkan seperti di bawah: meme /miːm/ noun noun: meme; plural noun: memes 1. an element of a culture or system of behaviour passed from one individual to another by imitation or other non-genetic means. 2. an image, video, piece of text, etc., typically humorous in nature, that is copied and spread rapidly by internet users, often with slight variations. Semoga contoh-contoh yang diberikan boleh memberikan konteks maksud dan penggunaan yang membolehkan pihak Tuan/Puan dalam memberikan istilah yang sesuai untuk digantikan dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah meme ialah meme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.09.2022 |