Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pastikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul: pastikan bahawa ATAU pastikan agar? Atau hanya 'pastikan' tanpa perlu diikuti dengan 'bahawa' atau 'agar'? Terima kasih.Frasa yang boleh digunakan ialah "pastikan agar".Tatabahasa24.10.2013
Pastikan kertas soalan peperiksaan ini mengandungi: i. Kertas Soalan ii. Buku Jawapan iii. Kertas Objektif Soalannya adalah perlu diletakkan noktah atau tidak?Tidak perlu meletakkan tanda noktah kerana bukan ayat lengkap.Tatabahasa03.12.2023
pastikan ejaan di papan tandaSila pinda keterangan aktiviti kepada KEDAI CUCI KERETA. Saudara dikehendaki mendapatkan pengesahan bahasa pada iklan melalui http://prpm.dbp.gov.my dan klik e-perkhidmatan dan kemudian mengklik Khidmat Pengesahan Bahasa DBPLain-lain13.03.2012
AYAT YANG MANA SESUAI DIGUNAKAN " SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM MENINGGALKAN PESAKIT" ATAU " SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM PESAKIT DITINGGALKAN" ATAU PIHAK TUAN BOLEH MENCADANGKAN AYAT YANG LEBIH SESUAI UNTUK DILETAKKAN DI PAGAR KATIL PESAKIT DI WAD. TERIMA KASIHAyat yang sesuai ialah "SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM MENINGGALKAN PESAKIT"Tatabahasa19.01.2018
SILA PASTIKAN BAHASA YANG DIGUNAKAN DALAM IKLAN YANG DILAMPIRKAN ADALAH BETULUntuk permohonan iklan sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP SahBahasa www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain27.08.2018
Nak pastikan terma dalam Bahasa betul... "Portrait Lighting" ialah "Pencahayaan Potret” dalam penggunaan mobile phone. Terima kasihPortrait lighting boleh diterjemahkan kepada pencahayaan potret atau pencahayaan imej.Penyemakan dan penterjemahan19.12.2017
Mahu pastikan perkataan tema berikut "Inovasi dan Transformasi, Memacu Kecemerlangan" adalah betul dari segi ejaan dan tanda bahasaBETULTatabahasa01.09.2012
Tolong pastikan ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak? Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Selendang kain kapas yang dibeli oeh ayah sehalus sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung.

Jawapan yang betul ialah Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus  tepung.

Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Yang betul : Rosli ingin mencari calon isteri yang halus budi bahasanya. 

Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera. Yang betul:  Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah selembut sutera.

Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Yang betul: Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus kulit bayi.

Saudara digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa09.12.2010
Saya ingin pastikan perkataan mana yang betul: Pusat Hubungan Pelanggan atau Pusat Perhubungan Pelanggan? English adalah Contact Center.Perkataan yang tepat ialah Pusat Perhubungan Pelanggan kerana perkataan perhubungan membawa maksud  perihal berhubung(an) antara satu dengan yang lain (berkenaan negara dan lain-lain). Walau bagaimanapun, sekiranya sesuai dengan konteks penggunaan puan, kami cadangkan penggunaan Pusat Panggilan Pelanggan kerana perkataan ini lebih kerap digunakan.Istilah16.03.2021
sy nak pastikan - cut off time - istilah bank (masa penggalan) Business day - waktu perniagaan ke waktu berniagaIstilah yang sesuai ialah "waktu perniagaan"Istilah25.05.2017
12345678910...

Kembali ke atas