Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tah] | ڤاته

Definisi : 1. putus (bkn barang yg keras dan panjang), tidak bertaut atau bercantum kuat­kuat lagi: penselnya sudah ~; 2. ki tidak dapat diteruskan (dilanjutkan) lagi; pelajaran saya ~ di tengah jalan tidak tamat, terhenti; 3. penjodoh bilangan utk kata (perkataan): beberapa ~ kata; se~ dua kata satu atau dua patah kata, sedikit perkataan; ~ arang putus langsung, tidak boleh berbaik kembali (perselisihan); ~ balik berbalik, ber­tukar arah hingga berlawanan dgn yg semula; ~ batu (hatinya) tidak mahu berusaha lagi; ~ celana Id lipatan pd seluar; ~ hati a) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan); b) = ~ lesu putus harapan, kecewa (dlm percintaan dll); ~ jetam Kl penyakit pecah-pecah kulit pd kaki; ~ kaki tidak dapat berbuat apa-apa (kerana tidak ada penolong yg boleh diharap); ~ lagu gentar atau putus-putus suara (apabila menyanyi); ~ lidah tidak dapat berkata (dgn lancar), tidak dapat menjawab; ~ mayang ikal atau mengombak (rambut); ~ nafsu (selera) hilang nafsu (selera) makan; ~ perang kalah perang; ~ pucuk tidak habis atau selesai (pekerjaan dll); ~ riuk patah yg teruk (tulang); ~ said renyuk, tidak licin (baju, seluar); ~ semangat hilang keberanian atau kemahuan (utk berusaha dll), tawar hati; ~ siku a) sudut siku-siku; b) tidak dapat menolak (membantah dll) lagi, menurut sahaja (kerana kasihan, terhutang budi, dll); ~ tulang a) patah tulang­nya; b) tidak dapat menolak lagi (permintaan dll); ~ dahan tempat bernaung, ~ lantai tempat berpijak prb tidak ada lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dll; ~ kepala bertongkat paruh, ~ paruh bertelekan = ~ tongkat berjeremang prb tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja); ~ lidah alamat kalah, ~ keris alamat mati prb tidak pandai membela sesuatu perkara tanda kalahlah; ~ tumbuh hilang berganti prb seseorang ketua dll yg mati (pergi) yg lain ada gantinya; siapa melalah siapa ~ prb siapa yg berhajat sangat, dialah yg datang meminta (peminangan); sudah ~ yg bertaji prb Mn kalau kematian bapa (mamak) yg berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yg tinggal; tiada ~ yg tak tempang prb tiap-tiap kecelakaan (perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yg tidak baik; sepatah satu patah; ~ kata a) suku kata (perkataan); b) kata pendahuluan (peng­antar); berpatah bertukar haluan (arah): dia ~ mahu pergi; ~ balik berbalik, bertukar arah yg ber­tentangan dgn yg semula; ~ arang berputus langsung hubungan (kerana perselisihan dsb); ~ hati berasa patah hati (kecewa dll); mematah 1. menukar haluan (arah): kemudian ia ~ masuk ke sebuah lorong; ~ balik menukar haluan ke arah tempat datangnya; ~ selekoh menukar arah mengikuti selekoh; 2. Pi tidak dapat berjalan, lemah: kenapa pula itik itu ~ sangat; mematah-matah; ~ jari melipat-lipat atau menarik-narik jari hingga berbunyi; mematahkan 1. menjadikan (menyebab­kan) patah: ~ batang besi; 2. ki menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dll, menggagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dll): ~ cita-cita; ~ serangan lawan; ~ haluan mengalih (menukar) haluan; mematah-matahkan mematahkan sesuatu beberapa kali atau banyak kali: mereka ~ ranting kayu utk dibuat kayu api; patah-mematahkan ki saling mengalah­kan; terpatah telah (sudah) patah: tujuh bilah lantai ~, tujuh mengkawan atap ~; patahan sesuatu yg patah; pematahan perbuatan mematahkan; pematah 1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk membuat orang tidak boleh berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tah] | ڤاته

Definisi : ; ~ kemudi sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat); (kayu) ~ tulang sj tum­buhan (pokok kecil), kayu urip, tulang-tulang, Euphorbia tirucalli; rumput ~ pisau sj tumbuhan (rumput), rumput bakau (batu, macap, meresek), Daemonorhops leptopus; rumput ~ siku sj tumbuhan (rumput), rumput katik belalang (tulang sentadu), Paspalum orbiculare. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tah] | ڤاته

Definisi : 1 putus atau hampir putus kerana kekerasan (bukan kerana dipotong); tidak bertaut atau tidak bercantum lagi: Lengan kiri Amir telah ~ kerana terjatuh dr pokok jambu. 2 penjodoh bilangan utk perkataan atau kata: Dia tidak berkata se~ pun. ~ hati a. hilang keberanian. b. tidak mahu berusaha lagi; kecewa. ~ lidah tidak dpt berkata-kata atau tidak dpt menjawab. ~ perang kalah perang. ~ riuk patah tulang yg teruk. berpatah bertukar atau berubah dr arah yg dituju: Penyu pun terus ~ balik dan menghantar kera itu pulang. mematahkan 1 membuat atau menyebabkan patah: ~ ranting kayu. 2 menjadikan tidak berlanjutan (bkn serangan dll); menggagalkan; mengalahkan: Brooke telah ditawari jawatan gabenor jika dia berjaya ~ pemberontakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,

Puisi
 

Kalau bergelang jangan patah,
     Kalau patah dalam perahu;
Hati adik tidak berbelah,
     Orang tidak mahu manalah tahu.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Patah tongkat berjermang (= bertelekan).

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.

 

Lihat selanjutnya...(59)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Secara logiknya, dalam pengiraan jumlah patah perkataan, kata sendi nama ' di sini atau di situ" ,adakah dikira 2 patah perkataan? KN Khas, Taib Mahmud bin Tuan man, adakah dikira 4 patah? TQVMBilangan patah perkataan bagi perkataan di sini ialah dua patah kata dan Taib Mahmud bin Tuan Man ialah lima patah kata.Tatabahasa20.05.2011
Sya ingin membuat pertanyaan? Adakah penanda wacana dikira sebagai satu patah perkataan atau dua patah perkataan? Contohnya selain itu. Bagaimana pula dengan Di samping itu....Bilangan patah perkataan bagi penanda wacana "selain itu" dikira sebagai dua patah perkataan manakala "Di samping itu" dikira sebagai tiga patah perkataan.Lain-lain23.01.2011
Salam sejahtera, Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah kami memberitahu kami bahawa, "Di samping itu" dikira satu patah perkataan dalam latihan ringkasan. Bukankah 3 patah perkataan?Bilangan patah perkataan bagi perkataan di samping itu ialah tiga patah kata.  Kami mencadangkan saudara mengikut seperti yang diajarkan oleh guru di sekolah.Tatabahasa30.04.2013
Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya tentang pengiraan jumlah patah perkataan peribahasa dalam penulisan karangan. Contohnya ialah "Bagai aur dengan tebing". Adakah dikira satu patah perkataan atau empat patah perkataan? Sekian, terima kasih.

Bilangan perkataan dalam peribahasa "Bagai aur dengan tebing" dikira sebagai empat patah perkataan.

Istilah21.05.2010
Kata hubung seperti Di samping itu, Selain itu dikira satu patah perkataan atau tiga patah perkataan untuk DI SAMPING ITU dan dua patah perkataan untu SELAIN ITU / OLEH ITU?Kata ialah gabungan atau kesatuan bunyi yang menagndungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu. Dalam soalan yang dikemukakan, 'di samping', 'selain' dan  'itu' ialah kata yang mempunyai makna khusus. Oleh itu, kata ini dikira sebagai satu kata tersendiri.Lain-lain10.06.2008
Assalammualaikum. Saya hendak mendapatkan kepastian untuk mengira patah perkataan di dalam teks. Kata nama seperti si Comel, Encik Ali, Pak Man, kim wah dikira sebagai berapa patah perkataan? Terima kasih.As salam,

Papah perkataan dikira seperti berikut ;
si comel = dua patah perkataan, Encik Ali = dua patah perkataan, Pak Man = dua patah perkataan dan Kim Wah = dua patah perkataan
Tatabahasa18.02.2013
Salam, Perkataan "telah pun" ialah satu patah perkataan atau dua patah perkataan?Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah telah pun (dua perkataan).Ejaan30.06.2012
Salam sejahtera, sedikit pertanyaan di sini. Dalam Kamus Dewan (hlm. 7), ‘adakala’ ditulis sebagai satu patah perkataan. Akan tetapi, dalam (hlm. 652) pula, bawah entri ‘kadangkala’ maksud yang diberikan ialah ‘ada kalanya, kadang-kadang, sekali-sekali.’ Perkataan ‘ada kalanya’ ditulis sebagai dua patah perkataan. Mengapakah 'adakala' ditulis sebagai satu patah perkataan, manakala 'ada kalanya' pula ditulis sebagai dua patah perkataan? Jika ‘adakala' ditulis sebagai patah perkataan, tidakkah 'adakalanya' juga ditulis sebagai satu patah perkataan? Mohob tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Kami maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera.Lain-lain22.08.2012
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka.Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya.
Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2012
berapa patah suku kata untuk perkataan 'kedai', 'kau' memandangkan terdapat konsonan bergabung dalam perkataan tersebut?

Perkataan 'kedai' mempunyai dua suku kata, manakala perkataan 'kau' mempunyai satu suku kata.

 

Tatabahasa15.01.2011
1234567

Kembali ke atas