Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk Bukit Merah, jadi saya berpatah di jalan masuk Alor Pongsu untuk datang ke sini. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah Saya terlepas susur keluar Bukit Merah. Jadi, saya keluar di susur keluar Alor Pongsu dan patah balik ke Bukit Merah. | Tatabahasa | 23.09.2022 |
betulkah tatabahasa dan struktur ayat-ayat ini; 1) Bangunan itu masih kelihatan kukuh walaupun sudah usang. 2) Kerusi yang hampir patah itu tidak akan saya baiki. 3) kawanan lembu itu pulang ke kandang balik. 4) Ayam Mak Tijah yang satu ini bulu balik. | Ayat (1) dan (2) betul. Ayat (3) dan (4) yang telah dibetulkan tatabahasanya adalah seperti yang berikut: (3)Kawanan lembu itu pulang semula ke kandang. (4)Ayam Mak Tijah yang seekor ini berbulu balik. | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih | 1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. | Makna | 25.02.2010 |