Saya ingin bertanyakan manakah penggunaan ayat yang tepat "Nyatakan empat ciri-ciri paten atau nyatakan empat ciri paten' sahaja. Terima kasih. | "Nyatakan empat ciri paten" yang betul. | Tatabahasa | 22.08.2016 |
salam, apakah maksud "paten" dalam bidang seni reka? | Paten ialah hak cipta yang diberikan oleh kerajaan terhadap sesuatu ciptaan supaya orang lain tidak boleh meniru dan mengekspolitasi ciptaan itu. | Makna | 31.07.2012 |
Apakah terjemahan bagi 'Patent Law Treaty' dan 'Trademark Law Treaty' dalam bahasa melayu? | Tuan/puan boleh kemukakan soalan berkenaan penterjemahan kepada pihak Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan "Patent Law Treaty" dan "Trademark Law Treaty" dipadankan kepada "Perjanjian Undang-undang Paten" dan " Perjanjian Undang-undang Tanda Dagangan". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.07.2014 |
Salam Encik, Saya ingin bertanyakan berkenaan yang dialih bahasa daripada bahasa Engeris ke bahasa MElayu. Perkataannya ialah : Patent-pending adakah betul sekiranya di alih bahasa ke : hak cipta terpelihara harap Encik dapat membantu | Padanan istilah hak cipta terpelihara dalam bahasa Inggeris ialah all rights reserved. Merujuk pertanyaan saudara, berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan patent diterjemahkan sebagai paten, manakala pending diterjemahkan sebagai masih belum selesai. | Istilah | 09.12.2009 |