Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.te.ri] | ڤتري

Definisi : sj perekat drpd aloi timah dan timah hitam (utk melekatkan perkakas ayan dll); berpateri berlekat (bersambung) dgn pateri, mempunyai pateri; mematerikan 1. melekatkan dgn pateri: udaranya telah dikeluarkan sebelum tin itu dipaterikan; 2. ki melekatkan, menyambung­kan (menyatukan dll) erat-erat: ~ perjanjian dgn sumpah; terpateri 1. sudah dipaterikan, sudah dilekat­kan; 2. ki sudah dilekatkan (diperkukuh dll) erat-erat: sukar utk melupakan cinta yg telah ~ sekian lama; pematerian perihal (proses atau perbuatan) mematerikan: ~ kekisi besi yg patah; pemateri alat utk mematerikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.te.ri] | ڤتري

Definisi : perekat barang logam yg dibuat drpd timah dll. memateri 1 melekatkan dgn pateri. 2 ki menghubungkan atau menyatukan erat-erat: ~ perjanjian. 3 menjadikan melekat; melekatkan. pematerian perbuatan atau proses memateri. pemateri alat utk memateri sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pateri (kata nama)
Bersinonim dengan perekat, gam, solder;,
Kata Terbitan : berpateri, memateri,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk menandatangani MOU yang mana satu perkataan yang betul sama ada "memeterai", "mementerai" atau "mematerai"Frasa yang betul ialah "memeterai perjanjian...", iaitu daripada kata meterai (disebut - me.met.rai) yang bermaksud lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada sesuatu dokumen, dan memeterai bermaksud membubuh meterai pada sesuatu. Perkataan memeterai tidak sama dengan perkataan mematerikan (bukan mematerai) yang berasal daripada kata pateri.Tatabahasa02.10.2015

Kembali ke atas