Dikenakan denda pati. Apakah maksud perkataaan pati di sini. Adakah ia seperti sebatan, pukulan? | Pati, membawa maksud kematian, denda pati pula ialah denda kerana membunuh orang. Maksud tersebut mengikut Kamus Besar Bahasa Indonesia, walau bagaimanapun maksud tersebut tidak terdapat dalam kamus-kamus lain. | Makna | 30.04.2007 |
Salam. Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia...Pertanyaan saya pati itu perlu dieja dalam huruf kecil atau besar dalam persuratan? | Salam, PATI perlu dieja dengan huruf besar kerana ia merupakan salah satu daripada akronim, iaitu kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan. Contohnya seperti RISDA, MARA dan banyak. | Ejaan | 02.07.2015 |
Salam. Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia...Pertanyaan saya pati itu perlu dieja dalam huruf kecil atau besar dalam persuratan? | Salam, PATI perlu dieja dengan huruf besar kerana ia merupakan salah satu daripada akronim, iaitu kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan. Contohnya seperti RISDA, MARA dan banyak. | Istilah | 01.07.2015 |
Perkataan manakah yang betul antara "intipati" atau "inti pati"? Dan apakah sebabnya? | Ejaan yang betul ialah inti pati, dieja dua patah perkataan. Inti pati merupakan kata majmuk yang dieja terpisah. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. | Tatabahasa | 21.08.2018 |
Menurut kamus DBP, Essential Oil bermaksud minyak pati. Adakah menjadi kesalahan sekiranya Essential Oil diterjemahkan sebagai 'Minyak Esensial'?. Idea ini diperolehi daripada istilah MABBIM. | Seperti yang tuan ketahui, essential oil diterjemahkan kepada minyak pati, maka penggunaan selain minyak pati dianggap tidak betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.06.2015 |
essence oil | minyak pati | Lain-lain | 14.04.2008 |
modified starch, spice extract, seaweed, kaffir lime, vegetable powder, Japanese rice cracker | kanji diubah suai, pati rempah, rumpai laut, limau purut, serbuk sayur, biskut beras | Istilah | 12.12.2008 |
bagaimana cara penulisan jurnal? | Sesebuah jurnal mengandungi abstrak, pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Abstrak ialah inti pati makalah, pendahuluan mengajak pembaca mengikuti perbincangan tentang isu yang dibangkitkan dalam makalah, manakala kesimpulan menyimpulkan isi makalah. Dalam jurnal, setiap ayat mestilah fakta yang didukung oleh rujukan yang berwibawa. Ulasan terhadap fakta ini pula mestilah objektif, setiap ayat mestilah menjurus kepada inferens yang logik, dan apa yang disebut itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan. | Lain-lain | 14.01.2009 |
Definisi Sastera Panji | Sastera Panji adalah karya-karya berbentuk hikayat yang secara umum berkisar di sekitar pengembaraan dan percintaan watak utamanya. Antara contoh karya Sastera Panji ialah Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Hikayat Panji Semirang, Cerita Damar Wulan dan lanin-lain. | Lain-lain | 22.11.2007 |
1. Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat / berkhasiat. Apakah bezanya? Berzat atau berkhasiat? 2. Murid itu melenting semasa guru sedang mengajar. Betulkah penggunaan perkataan melenting dalam ayat ini? | 1. Berzat bermaksud mempunyai pati atau inti daripada sesuatu (seperti makanan dan lain-lain), manakala berkhasiat bermaksud mengandungi kebaikan yang khas (dlm ubat, makanan dan sebagainya). Pada pandangan kami, untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat dan berkhasiat. 2. Melenting lazimnya diakitkan dengan makna kiasan, iaitu naik marah dengan segera (apabila disoal, dikritik, dan sebagainya). Oleh itu, perkataan melenting tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.11.2011 |