Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
patuh (kata kerja)
Bersinonim dengan taat, setia, tunduk, tunak, patih; soleh, takwa, tawaduk, taslim, turut, ikut, akur, setuju;,
Kata Terbitan : mematuhi, kepatuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, tuan. Soalan 1: adakah selepas kata hubung? Soalan 2: patuh kepada suruhan Allah atau patuh pada suruhan Allah? Soalan 3: Adakah memberi digunakan untuk benda bernyawa dan memberikan digunakan untuk benda tidak bernyawa?
  1. Soalan tidak difahami. Sila terangkan dengan lebih jelas. 
  2. Cadangan jawapan ialah "Patuh pada suruhan Allah".
  3. Perkataan “memberi" dan “memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan “memberi” hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala “memberikan” hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:
    • Ali memberi kucing makan. 
    • Ali memberikan makanan kepada kucing.

            Sila rujuk buku tatabahasa bahasa Melayu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Tatabahasa18.03.2022
Tuan DBP, tolong beritahu saya frasa di bawah yang manakah adalah betul. 1. patuh akan perintah Allah 2. patuh kepada perintah Allah Berdasarkan pembelajaran Tatabahasa saya, "akan" digunakan jika belakang "akan" terdapat objek abstrak seperti perkataan "perintah" iaitu objek abstrak yang terdapat di atas. Manakala "kepada" pula belakangnya mesti ada objek bernyawa dan objek konkrit. Tolong saya selesaikan kekeliruan saya ini. Terima kasih banyak-banyak!Ayat yang gramatis ialah "patuh kepada perintah Allah". Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.
Tatabahasa29.04.2014
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010

Kembali ke atas