Salam, Saya hendak bertanya tentang perkataan "pepatung". Adakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam buku latihan sekolah. Entri untuk perkataan ini tidak ada dalam kamus. Yang ada "sepatung" dan "sibur-sibur". | Perkataan "pepatung" memang ada dalam bahasa Melayu dalam bentuk istilah. Perkataan ini telah ditambah baik menjadi "patung-patung" untuk entri di dalam kamus. Perkataan "pepatung" boleh digunakan dan tidak salah, namun untuk lebih tepat kami cadangkan agar perkataan "patung-patung" atau "sibur-sibur" digunakan di peringkat sekolah. Terima kasih. | Istilah | 23.01.2018 |
ANAK PATUNG BERUANG PERLUKAN PENJODOH BILANGAN ATAU X??? 1. Dua ekor anak patung beruang 2. Dua anak patung beruang | Penjodoh bilangan untuk anak patung beruang ialah ekor. | Tatabahasa | 30.07.2011 |
Apakah penjodoh bilangan bagi anak patung Apakah kata kerja yang sesuai untuk orang bancuh simen dan memasang batu bata | Untuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, sepasang anak patung. Kata kerja yang sesuai ialah membancuh simen dan menyusun batu-bata. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
merujuk kepada kamus dewan edisi kedua: [riang] | رياڠ Definisi : ; riang-riang nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Adakah riang-riang boleh disingkatkan kepada reriang? [re.riang] | ررياڠ Definisi : 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Reriang I Definisi : riang-riang (sj serangga). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Reriang I Definisi : riang-riang (sj tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Soalan kedua: Patung-patung = Dragonfly? Sepatung = Dragonfly? Pepatung = Dragonfly? | 1. Perkataan reriang boleh digunakan. 2. Padanan bahasa Melayu bagi dragonfly ialah pepatung atau patung-patung. | Tatabahasa | 24.09.2017 |
Yang manakah yang paling tepat: a) Dua patung itu berada di kedudukan yang salah. b) Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah. | Ayat yang gramatis ialah "Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah". | Tatabahasa | 26.08.2011 |
Salam Tuan dalam talian, 1. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk patung wayang kulit? Ayat Contoh: 1. Tok dalang itu sedang menggerakkan dua keping patung wayang kulit semasa persembahannya. Sekian, terima kasih. | Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Tok dalang itu menggerakkan patung wayang kulit semasa persembahannya atau Tok dalang itu menggerakkan patung watak wayang kulit semasa persembahannya. | Lain-lain | 29.12.2010 |
Salam, adakah atau bolehkah penjodoh bilangan 'ekor' digunakan untuk objek yang berbentuk haiwan? Sebagai contoh: seekor anak patung beruang, seekor itik getah dan sebagainya. Terima kasih. | ‘Ekor’ ialah penjodoh bilangan bagi binatang. Untuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung, itik getah tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, dua itik getah. | Tatabahasa | 18.04.2014 |
Salam sejahtera cikgu, Saya ingin bertanya berkaitan imbuhan akhiran. Bolehkah saya tulis: "Jangan takutkan adik kamu dengan patung itu," kata Li Ming kepada adiknya. Boleh saya guna imbuhan akhiran -kan untuk perkataan 'takut'? Atau pun imbuhan akhiran -i (takuti) lebih sesuai? Sekian terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah "Jangan takutkan adik kamu dengan patung itu," kata Li Ming kepada adiknya. | Tatabahasa | 24.10.2015 |
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan bagi istilah berikut. Semua istilah merujuk pada permainan kanak-kanak kecuali nombor 4. 1) plushy 2)soft toy 3)stuffed animal 4)plushophile 5)Teddy bear Terima kasih. | Waalaikumsalam. Cadangan kami: 1. plushy =patung mainan lembut 2. soft toy = mainan lembut 3. stuffed animal = patung mainan lembut 4. plushophile = patung 5. teddy bear = beruang teddy | Penyemakan dan penterjemahan | 28.09.2015 |
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah patung yang terdapat di sawah dipanggil orang-orang? Saya ingin mendapatkan kepastian. | Perkataan "orang-orang" dan "orang-orangan" adalah betul dan boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk scarecrow. | Makna | 29.05.2020 |