| Apakah perkataan bahasa Melayu untuk butang "rewind", " "forward" "fast forward", "fast rewind", "stop" dan "pause" yang terdapat pada alat kawalan jauh? Mohon pencerahan | Kami mencadangkan padanan perkataan bahasa Melayu seperti berikut: 1. rewind: putar semula 2. forward: mara 3. fast forward: mara laju 4. fast rewind: putar semula laju 5. stop: henti 6. pause: jeda | Istilah | 18.08.2021 |
| Apakah perkataan bahasa Melayu untuk butang "rewind", " fast forward", "stop" dan "pause" yang terdapat pada alat kawalan jauh radio? Mohon pencerahan | | Padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan “rewind”, “fast forward’, “stop” dan “pause” pada alat kawalan jauh radio ialah punat putar semula, mara laju, henti dan jeda. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | | Istilah | 21.01.2021 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk bridge yang merujuk kepada Lyrically, the bridge is typically used to pause and reflect on the earlier portions of the song or to prepare the listener for the climax. Jambatan lagu? Terima kasih | Tiada makna khusus bagi bridge dalam konteks berkenaan. Berdasarkan pemahaman kami, bridge dalam situasi tersebut seolah-olah jeda bagi rangkap seterusnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2017 |
| Apa padanan yang sesuai bagi "bridge" dalam konteks muzik/lirik lagu? Soalan yang sama pernah ditanyakan oleh pengguna lain pada tahun 2017, namun takrif yang beliau berikan tidak begitu tepat mengenai "pause". Tiada jeda dalam bahagian "bridge", ia cuma mengandungi lirik dan/atau gaya muzik yang berbeza untuk menyambungkan bahagian-bahagian lagu yang lain (korus, instrumental, dll.), justeru ia dipanggil "bridge". Dengan konteks yang berikut, saya harap pihak DBP boleh berikan atau cadangkan padanan yang sesuai untuk perkataan tersebut. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah bridge ialah perangkai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang muzik. | Istilah | 25.06.2023 |
| 1.( Encik Ali, pengurus syarikat itu / Encik Ali pengurus syarikat itu ) akan bersara pada minggu depan. | 1.Encik Ali pengurus syarikat itu akan bersara pada minggu depan. - tidak perlu tanda koma selepas Encik Ali, walau bagaimanapun dalam sebutan memang berhenti sekejap (pause). | Tatabahasa | 17.09.2010 |