What is 'link' in Bahasa Malaysia? Website link... | Padanan bahasa Melayu ialah pautan laman web atau pautan laman sesawang. | Istilah | 14.03.2008 |
Apakah pautan yang boleh saya gunakan untuk menyemak istilah matematik? Kerana sebelum ini PRPM DBP menyediakan kamus matematik dan juga definisi bererta contoh Matematik dalam pautannya, tetapi kini sudah tiada. Terima kasih. | Masalah tersebut telah dapat diatasi dan kini maklumat berkenaan boleh diakses melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 16.10.2017 |
Pautan untuk koleksi soalan-soalan khidmat nasihat DBP dah hilang. Mana letaknya pautan yang terbaru? Kalau ada, tak perlulah saya tanya banyak kali dan tunggu 2 hari kan? | Medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini. | Lain-lain | 16.08.2011 |
Salam, bolehkah pihak tuan memberikan beberapa senarai cadangan pautan laman sesawang yang boleh saya rujuki untuk mendapatkan contoh sastera yang bermutu dalam bahasa melayu. Mungkin karya dari Pak Samad atau Pak Usman | Tuan, DBP tidak mempunyai pautan laman sesawang khas untuk tujuan tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 22.05.2013 |
Saya sering membaca di Wikipedia Melayu. Di bahagian bawahnya terdapat perkataan pautan luar. Ada sesetengah laman ditulis 'laman web' dan sesetengah laman ditulis 'laman sesawang'. Saya sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan bahasa Melayu, ingin mengetahui istilah sebenar yang sepatutnya dipakai/diguna. Harap membantu | Pautan luar, laman web dan laman sesawang - ketiga-tiga istilah tersebut boleh digunakan, namun kami mencadangkan saudara menggunakan istilah laman sesawang. | Lain-lain | 20.08.2008 |
Untuk perkataan 'ngejat' (pautan: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Ngejat&d=28648LIHATSINI), 'e'-nya taling atau pepet? | Untuk makluman tuan, tiada dalam data rujukan kami bagi sebutan perkataan tersebut. Pada pandangan kami, mengikut keselarasan vokal, perkataan ngejat disebut dengan e-pepet. | Tatabahasa | 10.01.2020 |
'e' dalam 'khemir' (pautan: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Khemir&d=28648LIHATSINI) disebut dengan e taling atau e pepet? | Tiada maklumat berkenaan sebutan perkataan khemir yang ditemukan. Pada pandangan kami sebutan yang lebih serasi ialah e pepet. | Lain-lain | 10.01.2020 |
Apakah perbezaan antara "baca" dan "sebut"? Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang sama makna dengan "baca" dan 'sebut"? Terima kasih | Sila lihat makna perkataan ‘baca’ melalui pautan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baca dan makna ‘sebut’ melalui pautan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sebut. DBP tidak menyediakan perkhidmatan carian kata dalam bahasa Inggeris. | Makna | 18.09.2014 |
Kenapa Laman Sesawang DBP tiada pautan kepada kegiatan PBAKL2017. | Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Komunikasi Korporat untuk tindakan selanjutnya dan penambahbaikan pada tahun hadapan. | Lain-lain | 05.05.2017 |
Laman web PRPM dimana saya sering menggunakan sebagai pautan kamus sedang mengalami masaalah. Saya hanya boleh sampai ke maklumat kata sahaja. Jika hendak ke kamus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan seterusnya. Sistem carian tersebut mengalami masaalah. Saya sertakan rakaman skrin komputer saya. Mohon buat pantaun segera kerana saya sedang gunakan untuk terjemahan/sari kata siri TV Netflix dan mempunyai tarikh hantar yang ketat. Terima kasih. | Salam sejahtera tuan budiman, Gangguan Sistem PRPM Berdasarkan lampiran gambar yang dilampirkan, berkemungkinan disebabkan oleh: 1. Masalah pada komputer/talian rangkaian pengguna. 2. Masalah pada sistem PRPM. Sehubungan dengan itu, untuk makluman tuan,staf di Bahagian Sistem Maklumat, DBP sentiasa berusaha secepat mungkin untuk menangani masalah berkaitan dengan gangguan pada sistem PRPM. Pihak kami juga sentiasa berusaha untuk memastikan pengguna dapat menggunakan laman PRPM dengan sebaik mungkin. Segala kesulitan berhubung perkara di atas kami mohon maaf. Sekian, untuk makluman. | Lain-lain | 20.05.2020 |