Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.wai] | ڤاواي

Definisi : 1. = alat ~ sl alat kebesaran raja-raja yg dibawa ketika berarak dll: dan ~ burung-burung dibubuh di hujung galah; setelah pagi-pagi harinya maka segala alat ~ yg berbagai-bagai itu pun diatur oranglah; 2. sl pembawa alat kebesaran raja-raja, penjabat: ~ diatur; 3. perarakan: rakyat telah berbaris dan membuat suatu ~ yg besar, berbatu-batu panjangnya; berpawai berarak (beramai-ramai): maka ~lah gadis-gadis itu di hadapanku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pawai (kata nama)
Bersinonim dengan perarakan, ambalan;,
Kata Terbitan : berpawai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah ayat yang sesuai digunakan untuk menggambarkan perarakan kumpulan akademik masuk dalam dewan sempena majlis konvokesyen? a. perarakan pawai akademik a b. perarakan akademik c. pawai akademik

Kami mencadangkan perarakan masuk kumpulan akademik sebagai “perarakan ahli akademik”.

Lain-lain20.09.2022
Apakah padanan bagi terjemahan bagi Street Parade?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah street parade ialah jalan pawai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah20.12.2023
Pohon pihak tuan kemukakan cadangan padanan bagi perkara yang dinyatakan dalam Jadual yang dilampirkan. Terima kasihCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah parade ialah jalan pawai, Order in Council ialah Perintah dalam Majlis Mesyuarat, Ruler in Council ialah Raja dalam Mesyuarat, Order of the King in Council ialah Perintah Raja dalam Majlis Mesyuarat, Federal Executive Council ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan, State Executive Council ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Settlement Executive Council of a Settlement ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selat bagi sebuah Negeri Selat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.04.2023

Kembali ke atas