ingin tahu maksud iram-iram(bahasa istana) t.kasih | Maksud iram-iram ialah payung. Contoh payung iram-iram ialah payung kerajaan, payung ubur-ubur. | Makna | 03.08.2010 |
soalan berapakah penjodoh bilangan bagi payung? | Penjodoh bilangan untuk payung ialah kaki sahaja. Sekaki payung | Tatabahasa | 15.11.2017 |
1. ( Eh / Oh ), payung yang kamu pakai ini kepunyaan kakak saya! Apakah jawapan yang sesuai tentang soalan ini ? Terima kasih. | 1. Eh, payung yang kamu pakai ini kepunyaan kakak saya! | Tatabahasa | 20.05.2011 |
MAKSUD BENCANA ALAM DAN SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN | Bencana bermaksud 1. bahaya,kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah(gempa,angin ribut dll.). Sediakan payung sebelum hujan bermaksud hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 20.08.2008 |
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TK | Jawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.) | Tatabahasa | 05.04.2012 |
Manakah yang betul? 1. Kereta mewah yang berwarna hitam itu besar..........( nian, sungguh) 2. Payung itu tersandar ( di, pada ) dinding. | 1. Kereta mewah yang berwarna hitam itu besar sungguh. 2. Payung itu tersandar pada dinding. | Tatabahasa | 24.03.2015 |
"Assalamualaikum... Boleh saya tau maksud 'ketipang payung'? yang lagu arwah tan sri p.ramlee" | Dalam pangkalan data DBP, tidak ada perkataan ‘ketipang’. Ada perkataan ‘ketipung’ iaitu sejenis gendang. Daripada pengamatan kami, terdapat juga pendapat yang menyatakan frasa ini bagi menunjukkan kasih sayang seperti ‘intan payung’. | Makna | 07.05.2014 |
"Kita perlulah menyimpan wang dari sekarang agar boleh digunakan semasa kecemasan," pesan ibu kepada Alisya. A) Sediakan payung sebelum hujan B) Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Jawapan diberi oleh cikgu iala B. Penjelasannya: B adalah dgunakan bagi semua yang berkaitan dengan wang. Jawapan A adalah digunakan bagi situasi seperti persediaan bagi pertandingan atau peperiksaan. Adakah peribahasa di atas digunakan pada keadaan yang tertentu sahaja? Apakah situasi tersebut? | Penggunaan peribahasa terpulang kepada masyarakat untuk digunakan pada bila-bila masa atau situasi dengan syarat makna dan maksud peribahasa tersebut tepat. Dalam contoh soalan yang diberi, peribahasa A lebih tepat kerana terdapat situasi kecemasan yang mungkin berlaku dan kita perlu menyiapkan diri untuk menghadapinya. Peribahasa B perlu merujuk satu perbuatan yang dilakukan secara perlahan-lahan untuk mendapatkan hasil yang lebih besar, misalnya mengumpul duit secara perlahan-lahan dan mendapat hasil yang besar jika kerap dilakukan. | Lain-lain | 26.07.2018 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Bolehkah tanda koma digunakan sebelum perkataan dan, contohnya, saya membeli pen, dan pensil. | Boleh digunakan tanda koma sebelum dan jika menyenaraikan benda atau perkara yang bukan dalam kategori yang sama, contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, sayur dan payung. | Tatabahasa | 08.06.2011 |