| Salam, Bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih! | Pecahan suku kata yang betul ialah pa.ip; se.lu.ar; se.o.rang; ber.a.da; ke.a.da.an; dan mem.pu.nya.i. Pecahan ini berdasarkan kaedah pemenggalan suku kata ejaan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
| Salam, bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih! | Pecahan suku kata yang betul ialah: 1. [paip] 2. [se.luar] 3. [se.0.rang] 4. [be.ra.da] / [ber.a.da] 5. [ke.a.da.an] 6. [mem.pu.nya.i] | Tokoh | 24.05.2012 |
| APAKAH MAKSUD NISBAH? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nisbah bermaksud 1. perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali. 2. Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan keluarga. | Makna | 30.09.2010 |
| apakah definisi nisbah? Tarikh jawapan dikehendaki: 01/10/2010 | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nisbah bermaksud 1. perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali. 2. Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan keluarga. | Makna | 30.09.2010 |