Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cat] | ڤچت

Definisi : ; memecat 1. melepaskan, memberhen­tikan (drpd jawatan, keanggotaan persatuan, dll): bagaimana kita ~nya kerana tiada apa salahnya kpd kita; dia dipecat kerana melanggar undang-undang persatuan; 2. menge­luarkan, menyingkirkan (drpd sekolah dll); 3. membebaskan drpd jawatan (utk sementara waktu); pemecatan perbuatan memecat, pembuangan: ~ duta dan para pegawai dr negara-negara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cat] | ڤچت

Definisi : ; memecat memberhentikan seseorang drpd jawatannya atau drpd menjadi ahli sesuatu pertubuhan dsb: Dia tidak bersalah, kita tidak harus ~nya. pemecatan perbuatan atau hal memecat: ~ pegawai daerah itu masih dipersoalkan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecat
Kata Terbitan : memecat, pemecatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 2 Beliau …………daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin. Mengapakan jawapan adalah A dilucutkan Mengapakan tak boleh B dipecatkanJawapan yang betul ialah Beliau “dilucutkan/dipecat” daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan bersilih ganti dalam contoh ayat yang diberikan kerana “pecat” membawa maksud memberhentikan seseorang daripada jawatannya, manakala “lucut” pula bermakna menghentikan atau menarik balik pangkat/kuasa dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perkataan “dipecatkan” tidak boleh digunakan kerana pembentukan kata yang betul ialah “dipecat”.Tatabahasa02.08.2020

Kembali ke atas