Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pedih (adjektif)
1. Bersinonim dengan bisa: ngilu, perit, perih, sembiluan,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan sakit hati, geram, patah hati, kecewa,

3. Bersinonim dengan sakit: azab, sengsara,

Kata Terbitan : memedihkan, kepedihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1 Malaysia. Saya ada kemusykilan tentang kata penguat. Kata penguat yang mana dibenarkan berpasangan dalam ayat. Contohnya; 1. Lukanya amat pedih sungguh. 2. Lukanya amat sungguh pedih. 3. Lukanya terlalu amat pedih. 4. Lukanya terlalu pedih sekali. 5. Lukanya terlalu amat pedih sangat. 6. Lukanya amat sungguh sangat pedih. Yang mana antara ayat di atas yang betul penggunaan kata penguat. Sekian, terima kasih.Penggunaan kata penguat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Lukanya amat pedih sungguh. 
2. Lukanya terlalu amat pedih.
3. Lukanya terlalu pedih sekali. 
Tatabahasa22.10.2012
Selamat sejahtera. Saya menghadapi masalah tentang 2 soalan yang muncul dalam kertas ujian Tahun 6. Soalannya ialah: 1. Manaf bermain di halaman. ( Adakah ayat ini betul? Ataupun ayat sepatutnya begini: Manaf bermain di halaman rumah? ) 2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital. A. runsing B. pedih C. gempar D. murung ( Apakah jawapan yang lebih sesuai dalam konteks ayat ini? ) ( Guru yang menyediakan soalan memberikan jawapannya 'A'. Namun, saya merujuk kepada Kamus Dewan, saya dapati 'pedih' boleh menjadi jawapan yang sesuai. Jawapan saya tidak diterima. ) Bolehkah tuan memberikan saya jawapan yang sebenar? Saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih jika tuan dapat membantu saya.1. Ayat yang betul ialah " Manaf bermain di halaman rumah.".


2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital.
 A. runsing B. pedih C. gempar D. murung

Jawapan yang lebih sesuai ialah runsing.
Tatabahasa15.05.2013
Tuan, adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan: 1. Bangunan itu kelihatan begitu jelas sekali dari atas Bukit Antarabangsa. adakah frasa begitu jelas sekali salah? kerana terdapat pernyataan menyatakan bahawa kalau terdapat perkataan begitu maka perkataan sekali tidak boleh digunakan di belakang sesuatu ayat? Sila beri jawapan secepat mungkin . Terima Kasih.Frasa "begitu jelas sekali" betul, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah dan terlalu amat pedih.Tatabahasa23.10.2012
Salam, Saya ingin bertanya tentang ayat berikut: -PASIR RASANYA KASAR. Adakah perkataan rasa boleh digunakan dalam ayat di atas, kerana setahu saya, perkataan rasa hanya digunakan apabila kita menggunakan lidah seperti Ubat rasanya pahit. RASA juga boleh digunakan untuk menunjukkan rasa sakit, pedih dan sebagainya. Saya harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Sekian.Perkataan 'rasa' memang tidak boleh digunakan dalam konteks ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat rasa merujuk kepada 1. perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu) 2. tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa 3. keadaan hati terhadap sesuatu 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran. Dalam konteks ini, perkara yang boleh diterangkan tentang pasir ialah sama ada bentuk, rupa atau tekstur pasir tersebut. Makna10.11.2011

Kembali ke atas