1) Singkatan mana satu yang betul untuk Yang Berbahagia, a) YBhg. atau b) Ybhg. atau c) Ybhg (tanpa titik) 2) Perkataan "sama ada' atau 'samada" Terima kasih. | 1. Mengikut pedoman ejaan, ejaan yang betul ialah YBhg.. Walau bagaimanapun ejaan YBhg juga kini banyak digunakan, antara alasan yang diberikan termasuklah menyelaraskan ejaan YBhg dengan ejaan singkatan nama-nama pingat kebesaran seperti dalam buku Protokol di Malaysia. Hal ini lebih kepada gaya penulisan dan penerbit boleh mengikut gaya mana hendak diamalkan dengan syarat penulisannya mestilah tekal (tidak berubah-ubah) dalam keseluruhan teks dan wacana. 2. Ejaan yang betul ialah sama ada. | Ejaan | 02.03.2012 |
Pihak sekolah berhasrat mendapatkan terbitan lembar bahasa dan siri pedoman bahasaa melayu yang diterbitkan oleh pihak dbp. Mohon panduan untuk mendapatkan bahan tersebut daripada pihak tuan | Untuk mendapatkan maklumat tentang atau memperoleh lembar dan pedoman bahasa, sila berhubung dengan Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Aras 25, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau hubungi Puan Nor Hamuni binti Ibrahim@Yasin melalui talian 03-21479127,e-mel hamuni@dbp.gov.my.1"> | Lain-lain | 21.01.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "ku" dalam penulisan puisi. Contohnya : Andai kutahu atau andai ku tahu? Dan bagaimana pula dengan penggunaan elipsis 3 tanda (...) dan 4 tanda (....) dalam penulisan puisi? Adakah ia dibenarkan? | 1. Mengikut pedoman yang sedia ada kata ganti 'ku', 'kau' dan sebagainya ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya dan kata yang mendahuluinya. Contoh: i. Apa yang kumiliki boleh kauambil ii. Bukuku, bukumu dan bukunya. 2. Penggunaan elipsis ditulis dengan tiga titik sama ada dalam puisi atau ungkapan umum. | Tatabahasa | 20.12.2013 |
(1)Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. (3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. (4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. (5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram. (6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. (8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama. (9)Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja. AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini. | 1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa. 2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. 3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak. 4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. 5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram. 6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah. 7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. 8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku. 9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja. | Tatabahasa | 14.04.2011 |
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH. | Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris, cth. menangguhkan penyelenggaraan pro- jek; iii. memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar. Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
Saya cadangkan DBP menggantikan Koleksi Lembar Bahasa Bil. 1/2007 kepada yang baru dalam siaran laman web DBP memandangkan ia mengandungi beberapa perkataan yang mengelirukan seperti "Fefinisi", "Cedekiawan". Ya, saya faham ia telah dimuatkan dalam Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook. Namun demikian, siaran dalam "Pedoman/Lembar Bahasa" masih dibiarkan berterusan tanpa apa-apa pembetulan. Ia pasti akan "mislead"(salah bimbing) pembaca dan juga menjejaskan kredibiliti DBP dan kualiti perkhidmatannya. Dicadangkan juga "Penyemak Kualiti" untuk setiap siaran di laman web DBP. | Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Hal ini akan kami perbaiki segera agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada para pengguna. | Lain-lain | 10.05.2013 |
Saya sukar untuk mempelajari perkataan Bahasa Melayu | 1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana. 2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran. 3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb) 4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu. | Lain-lain | 26.10.2010 |
teknik mempelajari bahasa melayu dengan baik,bahan rujukan yang sesuai | 1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana. 2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran. 3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb) 4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu. | Lain-lain | 15.01.2009 |
1) Tolong cadangkan beberapa kaedah untuk meningkatkan kualiti karangan saya. Terima kasih. | Saudara perlu banyak membaca dan membuat rujukan untuk mencari fakta dan isi bagi karangan saudara. Saudara perlu juga merujuk contoh-contoh karangan tentang tajuk-tajuk tertentu. Dari segi penggunaan bahasa saudara perlu mendalami ilmu dan rumus bahasa bagi memastikan karangan saudara menggunakan bahasa yang betul dan tepat dengan merujuk bukuatau pedoman bahasa yang ada di pasaran seperti buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 10.01.2009 |
1.Penggunaan perkataan ia..merujuk kepada apa sebenarnya. Adakah hanya tertakluk kepada orang sahaja? 2. Ejaan untuk perkataan semula jadi (dijarak atau dirapat). 3. Bolehkah pihak DBP menghantar contoh2 ejaan yang digunapakai sekarang (terkini) Terima kasih. Three Rivers, Mukah | 'Ia" kata ganti nama diri untuk manusia, bukan untuk binatang, benda, atau kata nama abstak. Ejaan semula jadi dieja terpisah. Sila dapatkan buku Pedoman Ejaan dan "Sebutan Baku Bahasa Melayu" dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 15.04.2008 |