Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pedoman (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan kompas, petunjuk,

2. Bersinonim dengan panduan: bimbingan, pimpinan, pegangan, ikutan petunjuk, tunjuk ajar al-Quran, hadis, sunnah, nas, fatwa,

Kata Terbitan : berpedoman, berpedomankan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sebutan bahasa melayu bakuSebutan bahasa Melayu baku ialah menyebut sebagaimana dieja, untuk maklumat lanjut Saudara boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan sebutan Bahasa Melayu yang ditulis oleh En. Ismail Dahaman.Lain-lain08.08.2008
Saudara, Adakah empat buah buku yang dinyatakan ini mempunyai nama penulis masing-masing? Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988 Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994 Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi ke satu 1985 Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia , Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi kedua 1987 Terima Kasih..Maaf kesemua bahan ini tidak mempunyai penulis. Kecuali buku Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu tahun 1988 disusun oleh Encik Ismail DahamanLain-lain21.10.2007
Saya Komariyah Satapo sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa YIU.Ingin bertanya buku bertutur bahasa melayu .Terimakasih.Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Tatabahasa24.10.2013
Saya Muslimah Deng sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa,UIY. ingin bertanya:Cara tiknik dalam membaca itu ada berapa cara.Terima kasih.Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Lain-lain24.10.2013
DEFINISI DAN PENGENALAN SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU DAN POLA KESELARASAN VOKAL

Saudara boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Tatabahasa01.03.2009
terangkan tentang sistem tulisan jawiPedoman Umum Ejaan Jawi boleh diperoleh dalam buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, di Bhg. Tiga - dalamnya terkandung latar belakang, tulisan, penulisan, pelambangan, pengejaan kata dasar/ kata serapan (Arab/Inggeris), kekecualian, penulisan kata terbitan/ kata sendi/ kata ganti, partikel, gabungan kata, akronim dan singkatan, juga dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (2 jilid)Lain-lain22.09.2006
ada panduan untuk suku kata?Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.Lain-lain02.11.2022
Apakah kebaikan dan keburukan penggunaan sebutan baku bahasa Melayu?Pertanyaan saudara memerluakan pembacaan yang banyak, oleh itu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan sila rujuk makalah/buku yang berkaitan seperti Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,199.Tatabahasa08.07.2010
Adakah setiap perkataan yang wujud dalam bahasa Melayu Klasik mempunyai sebutan fonetik yang sama sepenuhnya dengan perkataan-perkataan bahasa Melayu Moden dalam kamus-kamus terbitan DBP?Transkripsi fonetik hanya disediakan dalam kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020). Kamus ini memanfaatkan maklumat yang terkandung dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terakam dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua (2008).

Hampir semua kata entri dan terbitannya menggunakan lambang fonetik antarabangsa (IPA) SIL Manuscript yang dieja dengan sebutan baku, termasuklah kata daripada bahasa Melayu klasik. Setakat hari ini, kamus terbitan DBP tidak membezakan sebutan bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden.
Lain-lain10.04.2023
saya ingin tahu proses dan aspek -aspek penting dalam pembakuan bahasa melayu.sekian terima kasih.Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Anda bolehlah merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,1994.Makna26.12.2006
123456789

Kembali ke atas