Bolehkah saya tahu istilah "round robin format", "peer review" dan "double-blind peer review" dalam istilah BM? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: i. round robin format - format pusingan robin (dalam bidang Sukan, istilah bahasa Melayu yang digunakan untuk "round robin" ialah tanding padan gilir) ii. peer review - kajian semula setara/tinjauan semula setara iii. double-blind peer review - kajian semula setara dua pihak/tinjauan semula setara dua pihak (istilah bahasa Melayu yang lain untuk "double-blind" ialah dwibuta dan buta duaan)
| Istilah | 28.11.2016 |
Saya ingin bertanya apakah terjemahan terbaik untuk istilah 'peer review'? | Untuk makluman, belum ada istilah khusus bahasa Melayu untuk peer review. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk peer, iaitu sebaya, setara, rakan, rakan sebaya, rakan sekerja, dan sejawat. Istilah untuk review pula ialah kajian semula, semakan, ulasan dan tinjauan. Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 07.01.2013 |
Assalamualaikum wbt, Tuan/Puan, Apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah-istilah berikut dalam Bahasa Melayu? 1. Citations 2. Faculty 3. Peer review Istilah-istilah ini digunakan dalam sistem Quacquarelli Symonds World University Rankings namun saya kurang pasti apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah-istilah ini dalam Bahasa Melayu. Sila rujuk lampiran berikut untuk pemahaman lanjut. Semoga pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. Wassalam. | Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut: (i) ctations - kutipan (ii) faculty - fakulti (iii) peer review - kajian/tinjauan semula setara Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, terjemahan ini boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2015 |
Salam sejahtera Tuan/Puan yang dihormati. Saya ingin mengajukan soalan berkenaan terjemahan istilah "reviewer" dalam konteks kajian saintifik? Adakah istilah "penilai semula" sesuai bagi konteks ini? Juga, adakah istilah "penilaian setara" boleh digunakan sebagai terjemahan bagi "peer review"? Antara istilah "pengulas" dan "penilai semula", yang manakah lebih sesuai bagi "reviewer of a scientific journal"? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu, iaitu penilai semula untuk reviewer dalam konteks kajian saintifik boleh diterima. Begitu juga dengan penialian setara untuk peer review. Namun begitu, kami mencadangkan “penilai semula” lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan jurnal yang belum diterbitkan, manakala “pengulas” untuk menilai jurnal yang telah diterbitkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.02.2018 |
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan/Cik, Saya Norain Mohd Tamsir, Personel MySTEP di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan. Untuk makluman tuan/puan, kami di IYRES bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan (JBSN), Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) untuk meghasilkan sebuah 'Coffee Table Book' sebagai hasrat untuk menghargai tokoh belia Malaysia di atas sumbangan mereka kepada negara dan menjadi bahan inspirasi kepada belia generasi kini. Oleh itu, pihak kami memerlukan 'peer review' untuk menyemak penggunaan bahasa yang digunakan dalam penulisan buku tersebut. Boleh kami dapatkan nama-nama pegawai atau siapa-siapa yang boleh membantu kami untuk tujuaan ini? Segala kerjasama dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih. | Untuk makluman puan, DBP menyediakan perkhidmatan semakan dokumen secara berbayar. Kami akan mengeluarkan sebut harga dan sekiranya pihak puan bersetuju barulah semakan dilakukan. Sila hubungi kami melalui e-mel dan lampirkan manuskrip berkenaan melalui fadhilah@dbp.gov.my (Puan Fadhilah binti Bahar) dan ayu@dbp.gov.my (Puan Rohayu binti Ismail). | Lain-lain | 17.09.2021 |