| Istilah manakah yang betul? "Peguambela dan Peguamcara" atau "Peguam bela dan Peguam cara"? | Ejaan yang betul ialah Peguam Bela dan Peguam Cara. | Istilah | 20.08.2018 |
| Adakah perkataan seperti peguam bela, peguam cara, hak milik, pasar raya dan kata majmuk lain berkemungkinan dirapatkan ejaan mereka kerana kecenderungan masyarakat untuk eja kata-kata tersebut rapat (peguambela, peguamcara, hakmilik, pasaraya)? Saya bertanya kerana kita sudah sedia maklum yang bahasa bersifat dinamik dan senarai kata majmuk yang sudah mantap ejaannya dirapatkan mungkin juga bertambah sejajar dengan perkembangan bahasa. | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 75) | Tatabahasa | 18.09.2017 |
| Assalamualaikum / Salam sejahtera, Saya ingin meminta kepastian sama ada perkataan di bawah ini dijarakkan atau tidak memandangkan ada jenis perkataan yang sering berubah dan menimbulkan keraguan di antara saya dan pegawai-pegawai atasan saya. Saya ingin kepastian untuk ejaan yang terkini. Sekian, terima kasih. (i) Peguambela dan peguamcara @ peguam bela dan peguam cara? | Salam, Tuan, Ejaan yang betul ialah Peguam Bela dan Peguam Cara. Terima kasih. | Ejaan | 19.03.2015 |