Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak, kaku: gambar ~; memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. ki menyebabkan seseorang terpegun (kerana terpikat, kagum dsb): ada yg benar-benar dapat ~ tetamu dgn suaranya; kelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya ~ para pendengar; terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga; keterpegunan keadaan terpegun: ~ seorang insan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak: keadaan ~. memegunkan menyebabkan pegun. terpegun tercegat serta tidak dpt berkata apa-apa kerana terperanjat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegun
Kata Terbitan : terpegun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja?1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 
2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 
3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu  diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
Tatabahasa14.05.2020
Salam, apakah terjemahan untuk perkataan "stun gun" dan "stun belt". Terima kasih.Untuk makluman puan, istiah stun gun dan stun  belt tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, cadangan kami untuk istilah stun gun ialah pistol pegun manakala stunt belt ialah tali pinggang pegun.Penyemakan dan penterjemahan28.10.2014

Kembali ke atas