Salam sejahtera, Saya tahu maksud walkway adalah laluan pejalan kaki. Apakah boleh kita gantikan maksudnya kepada susur gajah seperti yang digunakan oleh ramai orang sekarang? | Istilah laluan pejalan kaki masih digunakan. Tidak ada maklumat tentang susur gajah dalam pangkalan data kami. | Istilah | 25.01.2013 |
Salam Sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. eskalator = tangga bergerak utk. membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. 2. travelator = laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar Soalan ; Di sesetengah pasar raya, ada kemudahan laluan untuk pelanggan bergerak naik atau turun antara tingkat yang tidak bertangga supaya boleh diletakkan troli. Sekiranya eskalator, tidak bertangga. Sekiranya travelator, tidak bergerak secara mendatar kerana naik atau turun antara tingkat. Apakah istilah yang sesuai ? Terima kasih | Kami mencadangkan istilah "travelator" digunakan bagi maksud tersebut kerana konsep tidak bertangga dan laluan pejalan kaki. | Istilah | 12.11.2013 |
Manakah jwpn yg betul _____orang ramai segera melintas ketika lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau a. segerombolan b. sekumpulan skima jwapan diberi 'a' . adakah segerombolan hanya digunakan untuk pengganas atau penjahat shj. | Bagi manusia perkataan yang sesuai ialah sekumpulan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun pengganas dan sebagainya. | Tatabahasa | 27.05.2010 |
Zebra crossing dalam Bahasa Inggeris, dalam Bahasa Melayu kalau guna lintasan pejalan kaki boleh atau tidak | Padanan bahasa Melayu ialah lintasan zebra. | Istilah | 26.01.2008 |
ingin mengetahui perkataan 'siarkaki' atau 'siar kaki'. dengan nama lain adalah laluan pejalan kaki / koridor. | Saudara, Perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu siar kaki. | Ejaan | 05.01.2010 |
Apakah terjemahan terbaik untuk walkway canopy atau covered walkway dalam bahasa Melayu? Saya lihat ramai gunakan susur gajah, namun tiada dalam database PRPM. Mohon pencerahan. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah susur gajah dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "walkway canopy" ialah kanopi laluan pejalan kaki. Istilah untuk "covered walkway" pula ialah laluan pejalan kaki berbumbung atau laluan pejalan kaki berkanopi. | Istilah | 13.03.2013 |
Saya ingin menggunakan terma 'walkability' di dalam penulisan buku saya. Dalam konteks ini, bolehkah saya menggunakan 'walkabiliti' dalam Bahasa Melayu. Sekiranya tidak sesuai, apkah 'terminology' yang paling tepat untuk saya gunakan | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk "walkability" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah mesra pejalan kaki. | Istilah | 03.06.2013 |
salam, 1-Adakah ejaan setor salah? Adakah salah dari segi tatabahasa atau bahasa ? 2-Adakah penggunaan naiktaraf betul? 3-Adakah betul Ketua Bahagian Pembendaharaan?Jika salah apakah bentuk kesalahan tersebut? 4-Ayat 'lintasan jalan kaki' ,adakah betul ayat ini? Terima Kasih | 1. Ejaan yang betul ialah stor; Sistem ejaan baru mengekalkan ejaan gugus konsonan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. 2. Penggunaan "naik taraf" betul. 3. Ketua Bahagian Perbendaharaan. 4. Istilah yang betul ialah "lintasan pejalan kaki". | Tatabahasa | 19.03.2013 |
Saya ragu-ragu terhadap cadangan yang diberikan sebelum ini. Boleh berikan cadangan baharu. "Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk stilt walker. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk stilt ialah kaki bajang. Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah orang kaki bajang." | betul, tidak ada padanan stilt walker dalam pangkalan data kami. Stilt ialah kaki bajang, manakala walker pejalan. Jika konsep stilt walker sesuai saudara boleh menggunakan perkataan yang kami cadangkan iaitu orang kaki bajang. | Istilah | 13.06.2012 |
Saya memerlukan bantuan terjemahan istilah-istilah Inggeris di bawah ini:- 1. Road access (Laluan Jalan?) 2. River access (Laluan sungai?) 3. On foot (Laluan kaki?) Saya mendahului dengan ribuan terima kasih atas bantuan saudara/saudari. | DBP bersetuju dengan cadangan terjemahan bagi istilah 'road access' sebagai 'laluan jalan' manakala istilah 'river access' sebagai 'laluan sungai' tetapi istilah 'on foot' lebih tepat diterjemahkan sebagai 'laluan pejalan kaki'. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.12.2006 |