pack | pek, bungkus, paket | Lain-lain | 24.07.2008 |
Apakah ejaan sebenar untuk ungkapan 'pot pet/pok pek' yang sering digunakan untuk menyatakan perbuatan seseorang yang bercakap panjang berjela tetapi tiada makna. Contoh 'Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berpot pet/ berpok pek sahaja tanpa berhenti. Boleh belajar untuk diam tak?' | Untuk makluman tuan, tiada ada perkataan pot pet/pok pek dalam bahasa Melayu baku. Perkataan yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "berleter". Contoh: "Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berleter sahaja. Boleh belajar untuk diam tak?. Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan, maksud berleter ialah bercakap-cakap dgn. tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel.
| Tatabahasa | 06.10.2018 |
Tuan, adakah ayat ini betul? "Laporkan jika anda melihat pek pensil dengan kurang daripada 20 batang setiap pek" Terima kasih. | Ayat itu betul. | Tatabahasa | 29.09.2011 |
Terjemahan bagi tujuan pengiklanan dalam bahasa Malaysia bagi: 1) Retail Pack 2) Industrial Pack | Terjemahan untuk Retail Pack ialah Pek Runcit manakala Industrial Pack ialah Pek Perusahaan. | Istilah | 22.05.2014 |
Di atas pembungkusan pek promosi, kami ingin mencari perkataan lain untuk menggantikan perkataan "Percuma 20g", sila berikan cadangan. | Cadangan kami bagi menggantikan frasa Percuma 20 gram ialah Lebih 20 gram dan Tambahan 20 gram. | Tatabahasa | 02.03.2015 |
REGIME PACK | PEK BERKEMBAR | Istilah | 03.11.2010 |
Apakah padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan 'Jet pack'? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pek jet. | Istilah | 07.06.2016 |