saya ingin bertanya sama ada betul atau tidak penggunaan bagi "amalan pembelian peka selamat" di mana amalan pembelian yang mengutamakan ciri-ciri keselamatan ketika pembelian dilakukan oleh pengguna. | "Amalan pembelian peka selamat" - ungkapan ini kurang tepat dan tidak boleh diringkaskan. Cadangan kami "Amalan pembelian yang peka terhadap keselamatan". | Tatabahasa | 05.03.2010 |
apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas? | Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky. | Tatabahasa | 09.08.2010 |
Contoh ayat: Banyak daripada kita kurang peka akan hak asasi kita sebagai warganegara Malaysia. Adakah ayat ini betul dari segi bahasa? Sila sertakan dengan penerangan yang terperinci. Terima Kasih... | Ayat tersebut betul. Frasa banyak dalam ayat tersebut boleh digunakan dan frasa tersebut merujuk kepada bilangan orang . | Tatabahasa | 07.04.2011 |
sfaktor kesalahan bahasa melayu dalam iklan dan cara mengatasinya. | : Antara faktor yg mempengaruhi kesalahan bahasa dalam bidang pengiklanan ialah kebiasaan kesalahan yg diteruskan, konsep atau idea abstrak yg sukar dinyatakan dalam bahasa Melayu, terjemahan idea daripada bahasa Inggeris yg tidak tepat dan sikap para penulis iklan yg tidak peka terhadap bahasa Melayu yg betul. Di DBP, ada menganjurkan kursus-kursus untuk penulis iklan, kunjungan kerja ke agensi pengiklanan dan kerjasama antara DBP dengan PBT (bagi papan tanda perniagaan dan papan tanda perniagaaan-bilboard) untuk memantau kesalahan bahasa. Harap maklum. | Lain-lain | 11.11.2006 |
faktor kesalahan pengunaan bahasa melayu dalam iklan dan cara mengatasinya | Antara faktor yg mempengaruhi kesalahan bahasa dalam bidang pengiklanan ialah kebiasaan kesalahan yg diteruskan, konsep atau idea abstrak yg sukar dinyatakan dalam bahasa Melayu, terjemahan idea daripada bahasa Inggeris yg tidak tepat dan sikap para penulis iklan yg tidak peka terhadap bahasa Melayu yg betul. Di DBP, ada menganjurkan kursus-kursus untuk penulis iklan, kunjungan kerja ke agensi pengiklanan dan kerjasama antara DBP dengan PBT (bagi papan tanda perniagaan dan papan tanda perniagaaan-bilboard) untuk memantau kesalahan bahasa. Harap maklum. | Lain-lain | 11.11.2006 |
Saya daripada sebuah syarikat pengiklanan. Saya ingin bertanya sama ada kita boleh memaparkan iklan bercetak di suratkhabar menggunakan bahasa lama/klasik daripada tahun 1940an kerana ingin mengikut kempen yang dilaksanakan oleh sebuah jenama minuman. Soalannya bolehkah perkataan lama itu digunakan bertujuan kempen jenama itu? Terima kasih. | Bahasa klasik atau lama boleh digunakan sekiranya perkataan tersebut terkandung di dalam Kamus Dewan. Untuk makluman, ada sesetangah perkataan masih diterima dan saudara perlu peka terhadap ejaan lama yang tidak diterima dalam Kamus Dewan. | Lain-lain | 29.03.2013 |
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih. | Salam sejahtera, Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan. Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini, penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya. Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis. | Lain-lain | 08.01.2012 |
apakah aspek yang menjadi kerumitan masyarakat dalam panggunaan kata sendi nama dari, daripada, pada dan kepada? | Puan Sharifah, Masyarakat tidak faham atau mahir untuk membezakan penggunaan kata sendi nama mengikut rumus-rumus bahasa seperti yang terkandung di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Perkara ini berlaku mungkin kerana masyarakat sudah biasa dengan penggunaannya sebelum ini dan tidak peka tentang perubahan yang ada apabila terbitnya buku tersebut. | Lain-lain | 07.02.2010 |
Dalam kata bilangan, kita sepatutnya menggunakan "pelbagai jenis buah" atau "pelbagai jenis buah-buahan"? Pada pendapat saya, buah-buahan telah membawa maksud jamak, jadi sepatutnya "pelbagai jenis buah" betulkah? Tapi selalunya ternampak buku-buku dan surat khabar menulis "pelbagai jenis buah-buahan".. | Saya bersetuju dgn sdr dengan frasa "pelbagai jenis buah" yang membawa maksud jamak. Apa yg kita lihat dalam akhbar, kemungkinan penulis tidak sedar bahawa mereka telah menggunakan bahasa yg lewah atau pembaziran dalam penulisan . Kadang kala terdapat juga pihak yg tidak berapa peka atau mahir dalam penggunaan kata bilangan dlm penulisan sama ada dalam akhbar ataupun penerbitan lain. T.kasih. | Lain-lain | 17.08.2008 |
Adakah betul penggunaan bahasa oleh deejay semua radio RTM yang selalu menyebut " terima kasih kerana mendengarkan kami di.... " dan " sekarang kami dengarkan lagu...". Dan apakah tindakan DBP untuk membetulkan kesilapan ini | Ayat yang digunakan oleh penyampai radio tersebut adalah salah. Antara tindakan yang dibuat oleh pihak DBP, antaranya ialah menghantar surat teguran kepada penerbit setelah pemantauan dan laporan dibuat. Untuk pengetahuan tuan/ puan, DBP memang melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa Melayu ke atas media penyiaran, medai cetak dan laman web. Untuk media penyiaran, pemantauan akan dijalankan ke atas rancangan yang dikesan banyak menggunakan bahasa Melayu yang salah. Setelah itu, laporan akan dibuat dan surat teguran akan dikeluarkan untuk penerbit rancangan tersebut. Kami juga akan mengeluarkan surat ucapan tahniah sekiranya didapati media terbabit menggunakan bahasa Melayu yang betul. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan. | Lain-lain | 29.08.2008 |