Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.kan] | ڤکن

Definisi : 1. tempat perniagaan, bandar: Petaling Jaya ialah ~ tambahan kpd Kuala Lumpur; 2. tempat orang berjual beli, pasar: segenap lorong di ~ pesara penuh dgn kaum Melayu, Cina dan Siam; 3. = ~ sari (sehari) pasar yg diadakan sehari dlm satu minggu; ~ Ahad (minggu) pekan yg diadakan hanya pd hari minggu; 4. minggu, tujuh hari: dua tiga ~ sebelum perayaan itu anak negeri telah sibuk bersiap-siap; se~ seminggu; warta se~ majalah mingguan; berpekan-pekan beberapa pekan (minggu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.kan] | ڤکن

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), melur, Jasminium curtisii; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Azima tetracantha; 3. sj tumbuhan (pokok), Dehaasia microcarpa; ~ betina = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), me­lur, Jasminium bifarium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.kan] | ڤکن

Definisi : 1 tempat yg ramai serta banyak bangunannya utk berbagai-bagai tujuan; bandar. 2 tempat orang berjual beli; pasar: ~ sari (sehari) pekan yg diadakan hanya sehari dlm seminggu. 3 tempoh yg lamanya tujuh hari; minggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekan (kata nama)
1. Bersinonim dengan bandar: kota, bandar raya, kota raya,
Berantonim dengan desa

2. Rujuk pasar

3. Bersinonim dengan minggu: tujuh hari

Kata Terbitan : berpekan-pekan,

Puisi
 

Olok-olok si pekan-pekan,
     Hari panas menjala udang;
Kita bertolak kami berpesan,
     Jangan lama di bandar orang.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

627

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Berdasarkan contoh nama tempat yang diberi, apakah kaedah yang diguna, betul? Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, pekan Gemas, pekan Tampin dan bandar Segamat? Apakah pedoman yang digunakan untuk membezakan perkataan yang pertama itu termasuk kata nama am atau kata nama khas? Terima kasih.

Waalaikumussalam.

Kaedah yang digunakan ialah penggunaan huruf besar bagi kata nama khas.

  • Jika perkataan seperti Pekan, Kampung, Bandar merupakan sebahagian daripada nama rasmi tempat, maka huruf besar digunakan:
    Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, Bandar Segamat.
  • Jika perkataan tersebut hanya menunjukkan jenis tempat (bukan nama khas), maka huruf kecil digunakan:
    pekan Gemas, pekan Tampin.

Kesimpulannya perbezaan bergantung pada penggunaan perkataan pertama itu sama ada sebahagian daripada nama khas atau sekadar kata nama am.

Tatabahasa22.04.2026
Salam sejahtera, saya nak bertanya tentang penggunaan kata nama khas. Jika perkataan pekan Umbai dalam ayat, adakah penulisannya Pekan Umbai atau pekan Umbai? Perkataan pekan tu perlu huruf besar atau kecil? Begitu juga dengan kampung umbai, daerah Segamat, adakah kampung dan daerah itu perlu huruf besar atau kecil? Soalan kedua, perkataan utara, selatan, pantai timur, yang merujuk kepada kawasan di Malaysia, adakah perlu huruf besar? Adakah ia kata nama khas?

JAWAPAN: SOALAN 1

Kata nama khas merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bahasa, pangkat dan lain-lain. Dalam penulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar.

Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

Contohnya:

Manusia: Hang Tuah, Fatimah, Profesor Ahmad

Bukan Manusia: Jibrail, Tompok, Kancil

Berdasarkan huraian kata nama khas ditulis meggunakan huruf besar, maka yang betul ialah Pekan Umbai, Kampung Umbai dan Daerah Segamat.

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 96-97.


JAWAPAN: SOALAN 2

Kata nama khas tak hidup pula merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama-nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat dan undang-undang.

Contohnya:

Menara KL, Jalur Gemilang, Proton Saga, Kota Bharu, Malaysia, Bintulu

Perkataan yang merujuk kawasan, wilayah atau geografi di Malaysia juga perlu ditulis menggunakan huruf besar dan merupakan kumpulan kata nama khas tak hidup. Oleh itu, penulisan yang betul ialah Utara, Selatan, Pantai Timur.

Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 97-98.

Tatabahasa17.04.2026
Assalamualaikum. Adakah penggunaan huruf besar pada ayat berikut betul? 1. Situasi ekonomi di Negara Malaysia masih stabil. 2. Jumlah pelancong di Negeri Selangor bertambah. 3. Dua buah pekan di Daerah Sepang yang dilawati ialah Pekan Dengkil dan Pekan Salak. 4. Berkenaan meletakkan kata nama khas tempat, bolehkah jelaskan juga apa yang dikatakan "...sebahagian daripada nama rasmi nama tempat" dan "menunjukkan jenis tempat". Terima kasih.
  1. Penggunaan huruf besar pada perkataan Negara Malaysia, Negeri Selangor, Daerah Sepang, Pekan Dengkil dan Pekan Salak dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.
  2. Dalam buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama khas dalam bidang geografi.
Tatabahasa04.05.2026
yang mana ayatyang gramatis? a. Kita pergi bersama ke pekan. atau b. Kita pergi bersama-sama ke pekan.Ayat yang betul ialah 'kita pergi bersama-sama ke pekan'. Harap maklum.Tatabahasa25.06.2008
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Sulaiman Kaiat, saya ingin bertanya berhubung penggunaan perkataan 1."depoh" dan "depot" bila masa yang sesuai digunakan. 2. "Depoh Imigresen Pekan Nenas" atau "Depot Imigresen Pekan Nenas" terletak di Negeri Johor. Manakah perkataan yang lebih tepat. Saya mohon mendapat penjelasan yang dari pihak tuan. Terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd. Taman Setia Tropika, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zimPerkataan yang betul ialah depot. (Depot Imigresen Pekan Nenas)Istilah14.12.2016
JIKA PENGETUA SEKOLAH SEORANG PEREMPUAN, DI DALAM MAJLIS RASMI ADAKAH KITA MENYEBUT "YANG BERUSAHA "TUAN" PENGETUA SMK. PEKAN II KOTA BELUD, PN. LATIFAH HJ. MUSTAKIM..." ATAU "YANG BERUSAHA "PUAN" PENGETUAN SMK. PEKAN II KOTA BELUD..."? KELIRU ANTARA PUAN DAN TUAN, UNTUK DALAM UCAPAN MAJLIS RASMI. TERIMA KASIH.Jika Pengetua yang dimaksudkan itu adalah seorang perempuan, yang disarankan ialah Puan Pengetua. Bagaimanapun, jika Pengetua itu tidak diketahui jantina, sama ada perempuan atau lelaki, yang dicadangkan ialah tuan pengetua. Harap maklum.Tatabahasa29.10.2007
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUMSila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah.

Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul.
Tatabahasa23.01.2018
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat berikut? 2.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang terbuang sisa-sisa toksid ke dalam longkang. 3.Hidayah memakaikan selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya. 4.Kerajaan akan memperkenal plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan dinegara ini. 5. Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaikki bas ke sekolah. 6. Mereka telah memelawa kami untuk menghadiri majelis yang akan diadakan pada malam ini. 7.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempabumi di negara jiran amat mengalu-alukan oleh pihak kerajaan. 8.Para peserta krusus itu bertukar-tukarkan pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.1.Penduduk di Pekan Semenyih membantah tindakan sebuah kilang haram yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam longkang.
2. Hidayah memakai selendang berwarna hijau lumut semasa menghadiri majlis perkhawinan sepupunya.
3. Kerajaan akan memperkenalkan plat nombor pendaftaran pintar bagi mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini.
4.Murid sekolah itu tolak menolak ketika menaiki bas ke sekolah.
5.Mereka telah mempelawa kami untuk menghadiri majlis yang akan diadakan pada malam ini.
6.Penglibatan rakyat negara kita dalam membantu mangsa gempa bumi di negara jiran amat dialu-alukan  oleh pihak kerajaan.
7.Para peserta kursus itu bertukar-tukar pandangan bagi menyiapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari terakhir nanti.
Tatabahasa22.03.2013
Kenderaan (bermundar-mandir @ berlalu-lalang @ berulang-alik @ jawaban lain) dari kampung itu ke pekan. Manakah kata majmuk yang paling sesuai bagi konteks ayat tersebut? Sila beri penjelasan. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan perkataan mundar-mandir dan berulang alik mempunyai satu makna yang sama, iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun, perkataan mundar-mandir lebih sesuai digunakan untuk orang. Manakala lalu-lalang pula bermaksud banyak kali lalu ( keluar masuk; tidak teratur; kacau bilau). Oleh itu, kata majmuk yang sesuai bagi konteks ayat ialah “ Kenderaaan berulang-alik dari kampung itu ke pekan.

Tatabahasa14.03.2018
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang.I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini.
II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. 
III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. 
IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan.
Tatabahasa28.05.2012
12345

Kembali ke atas