Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ke.dai] | ڤکداي

Definisi : penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecil­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ke.dai] | ڤکداي

Definisi : orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penggunaan perkataan 'pegerai' itu betul bagi merujuk kepada orang yang membuka gerai untuk menjual barang-barang, makanan dan sebagainya?Dari segi pembentukan kata, kata pegerai terbentuk apabila kata gerai menerima imbuhan peN  seperti dalam kata pekedai. Walau bagaimanapun bagi maksud orang yang membuka gerai kata pengusaha gerai digunakan.Tatabahasa13.01.2008
apakah beza penggunaan 'per' dan 'pe'?

Perbezaan penggunaan awalan peR- dan pe- seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 114-115 adalah seperti yang berikut:

Awalan peR- sebagai penanda alat atau tempat : perasap(tempat membakar kemenyan); perbara(tempat bara api untuk membakar kemenyan). Awalan peR- sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja(dengan awalan ber-): perburu(orang yang berburu);pertapa(orang yang bertapa).

Awalan pe- sebagai penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan: petinju(orang yang bertinju)petaruh(benda yang dipertaruhkan). Awalan pe-sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar:pekebun(orang yang berkebun);pekedai(orang yang berkedai).

 

Tatabahasa16.03.2009

Kembali ke atas