Tidur berlantaikan simenlah pekerja-pekerja yang berpiket itu. apabila ayat ini disongsangkan, perlu ke letak partikel 'lah iaitu Pekerja-pekerja yang berpiket itu tidur berlantaikan simen atau simenlah? yang mana satu betul? | Pekerja-pekerja yang berpiket itu tidur berlantaikan simenlah. - perlu diletakkan aprtikel "lah" | Tatabahasa | 25.05.2011 |
1. Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran sedang __________ dahan pokok di tepi jalan untuk mengelakkannya daripada mengenai tiang elektrik. A.memangkas B.Mencantas. 2. Apa perbezaan memangkas dan mencantas | Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran sedang memangkas/mencantas dahan pokok di tepi jalan untuk mengelakkannya daripada mengenai tiang elektrik. Memangkas dan mencantas mempunyai makna yang sama, iaitu memancung hujung dahan. | Tatabahasa | 17.04.2012 |
1.Bagaimanakah cara mengeja Yang dipertuan Agong dengan betul? 2. Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu baring-baring di bawah pokok yang rendang. Betulkah penggunaan baring-baring dalam ayat tersebut? Adakah salah jika kita menggantikannya dengan perkataan berbaring/ berbaring-baring? 3. Segala apa yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya. Bolehkah "apa" digunakan dalam ayat tersebut? | 1.Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.2. Perkataan baring-baring dalam bahasa baku perlu ditambah imbuhan beR- untuk menunjukkan perbuatan. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu berbaring/berbaring-baring di bawah pokok yang rendang. 3.Ayat 'Segala yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya' tidak perlu ditambah dengan perkataan 'apa' kerana 'apa' merupakan kata tanya. | Tatabahasa | 26.08.2007 |
Pada waktu tangah hari, pekerja-pekerja itu (baring-baring dibawah pokok yang rendang. (Penggunaan perkataan (baring-baring) sesuai dalam soalan di atas atu tidak?) | Perkataan yang betul ialah berbaring-baring, iaitu perbuatan merebahkan badan seperti keadaan ketika tidur (untnk merehat-rehatkan badan), dan kata baring-baring tidak ada konteks penggunaan rasmi. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Saya dalam proses menulis sebuah novel yang berkisar tentang gelagat pekerja-pekerja di sebuah pejabat. Cadangannya, saya ingin memberi novel tersebut dengan judul "Ofis" atau "Opis". Adakah wajar saya memilih judul sedemikian. Sekian, dan terima kasih atas maklumbalas. | Perkataan ofis merupakan bahasa percakapan. Bahasa yang baku ialah pejabat. Oleh yang demikian adalah tidak wajar perkataan ofis digunakan sebagai judul novel tersebut. | Ejaan | 12.05.2008 |
1)Budak perempuan yang liat hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya.2)Encik Ali menyedarkan pekerja-pekerja supaya mendukung tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.3)Latif memberitahu saya bahawa dia benar berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.TOLONG BETULKAN AYAT-AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH. | Ayat yang betul ialah: 1. Budak perempuan yang keras hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya. 2. Encik Ali menyedarkan pekerjanya supaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. 3. Latif memberitahu saya bahawa dia berkeras dengan keputusan yang telah dibuat. | Tatabahasa | 29.08.2012 |
Syarikat kami adalah anak syarikat Bank Mandiri dari Indonesia dan menyediakan perkhidmatan pengiriman wang ke Indonesia bagi pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Kami memerlukan khidmat nasihat bagi penggunaan ayat yang akan di letakkan pada papan tanda dan akan digunakan sebagai standard corporate design. Ayatnya adalah "Kiriman wang" atau "Pengiriman Wang", yang mana satu lebih sesuai berdasarkan perkhidmatan kami dan penggunaan bahasa. Terima kasih. | Cadangan kami ialah Perkhidmatan Kiriman Wang sebagai keterangan jenis aktiviti perniagaan saudara. | Tatabahasa | 24.05.2010 |
Puan, Apakah perbezaan antara " memperhebat" dengan " menghebatkan"? Tolong berikan ayat contoh. Terima kasih. | Menghebatkan: menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah menghebatkan usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. Memperhebat: menjadikan lebih hebat: Polis sedang memperhebat kegiatan mencari perompak-perompak itu. | Makna | 06.03.2013 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Suaranya sudah tidak mendapat perhatian daripada ahli. 2. Sudah bertahun-tahun lamanya dia tidak pulang ke desa. 3. kekayaan itu bermula dengan usaha yang gigih. 4. Ada pekerja-pekerja yang didapati melanggar peraturan pejabat dengan melayari internet pada waktu bekerja. | Puan, Ayat nombor 1 betul dari segi tatabahasanya. Ayat nombor 2 lebih gramatis sekiranya digugurkan perkataan sudah dan dimulakan dengan bertahun-tahun lamanya sementara ayat nombor 3, perkataan dengan hendaklah digantikan dengan perkataan daripada. Ayat nombor 4 boleh ditulis: sebilangan besar pekerja didapai melanggar peraturan pejabat dengan melayari Internet pada waktu bekerja. Terima kasih. | Tatabahasa | 06.01.2011 |
1.apakah perbezaan antara kalau atau sekiranya?adakah kalau digunakan di depan ayat manakala sekiranya tidak dapat? | Kalau boleh berfungsi sebagai kata hubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), seperti contoh ayat: pekerja-pekerja akan berhenti mogok kalau pihak majikan menerima tuntutan mereka; dan kalau juga boleh bermaksud seandainya, sekiranya, contoh: kalau/sekiranya/seandainya begitu tentu Ahmad tak akan lama tinggal di rumah bukan? ... | Tatabahasa | 25.08.2009 |