Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : 1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikir­kan dgn lebih teliti); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : 1 sesuatu yg dilakukan utk mencari nafkah hidup; pencarian: ~ mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. 2 sesuatu yg dikerjakan atau yg dibuat: Demikianlah ~nya setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : sesuatu yg dilakukan oleh seseorang utk mencari nafkah; pencarian: Ada yg ~nya berladang dan ada pula yg berniaga. 2 sesuatu yg mesti dilaksanakan; tugas: Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan ~ masing-masing. 3 kegiatan atau usaha melakukan sesuatu: ~nya tiap-tiap hari tiada lain drpd membaca surat khabar. ~ kayu pertukangan kayu (spt membuat kerusi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(277)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah pekerjaan Encik Roslan? (1):Pekerjaan Encik Roslan ialah sebagai anggota polis trafik (2):Pekerjaan Encik Roslan sebagai seorang anggota polis trafik Manakah jawapan betul? kenapa? bukankah 'Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik' lebih sesuai?Ayat yang lebih gramatis ialah Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik.Tatabahasa06.08.2013
1. rending ayam atau ayam rending 2. memberikan peluang pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan1. rendang ayam.

2. mewujudkan peluang pekerjaan.
Tatabahasa26.10.2013
jelaskan dengan ringkas apakah perbezaan diantara profesion dan pekerjaanProfesion ialah pekerjaan yang selalunya memerlukan kelayakan yang tinggi dan latihan khas, misalnya dalam bidang undang-undang, perubatan dan perakaunan. Manakala pekerjaan ialah sesuatu yang dilakukan atau diusahakan secara berterusan untuk mencari nafkah.Makna26.07.2009
apakah maksud kecuaian dalam pekerjaan

Puan Jamiah,

Maksud "kecuaian dalam pekerjaan" dapat ditakrifkan secara literal bahawa sesuatu perbuatan yang cuai atau lalai ketika melaksanakan pekerjaan atau tugas yang diarahkan. Bersama-sama ini dilampirkan takrifan kata "cuai dan pekerjaan"  yang dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan puan.

 

kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu;

pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya

Makna06.03.2009
DBP, yang manakah adalah betul? (a) Tidak ketinggalan juga, industri pertanian dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia.(b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat Malaysia.Tatabahasa06.07.2011
MENCARI PELUANG PEKERJAAN DI DBP...TERIMA KASIHKami amat mengalu-alukan sekiranya saudara mempunyai hasrat untuk berkhidmat dengan DBP. Sila layari laman web kami atau lihat iklan kekosongan jawatan yang kami siarkan melalui akhbar utama berbahasa Melayu dari semasa ke semasa.Lain-lain04.01.2013
Bagaimana memohon pekerjaan di Dewan Bahasa dan Pusataka ?

Sdr,

Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP.

Sdr boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas.

Pastikan permohonan sdr sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan.

Lain-lain09.11.2009
makna terbukaMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
Salam. Pekerjaan yang paling sukar itu tidak terbuat oleh para pelatih. Pekerjaan yang amat sukar itu tidak terbuat oleh para pelatih. Betulkah penggunaan kata penguat paling dan amat pada ayat di atas. Tolong nyatakan mengapa salah. Sekian Terima kasih.Kedua-dua kata penguat yang digunakan dalam ayat betul.Tatabahasa11.05.2013
Assalamualaikum...... saya Maizura Binti Abd Aris ingin mengemukakan soalan mengenai peluang pekerjaan yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah pada waktu ini DBP ada membuka peluang pekerjaan? Saya merupakan pelajar Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu dari UPM dana akan bergraduat pada tahun ini. saya mengharapkan kepada pihak DBP untuk memberi maklumat kepada saya sekiranya ada peluang pekerjaan di sana. sekian terima kasih.TErima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami. Sebagai makluman sdr, kami akan mengiklankan pelawaan untuk mengisi jawatan kosong melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. Sila pastikan sdr tidak terlepas daripada membaca iklan tersebut.Lain-lain09.06.2008
12345678910

Kembali ke atas