| Salam sejahtera, Dalam ayat yang berikut, yang manakah merupakan penggunaan imbuhan yang lebih sesuai membohong/berbohong? Bagaimana untuk membezakan penggunaan kedua-duanya? "Jika dia masih membohong/berbohong untuk menyara keluarganya, dia mungkin masih dapat mengekalkan pekerjaannya. Tetapi jika dia enggan membohong/berbohong, dia mungkin akan kehilangan pekerjaannya." | Maksud berbohong dan membohong ialah bercakap bohong, berdusta, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberi. | Tatabahasa | 22.05.2010 |
| 1. Kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama. Oleh itu, adakah ayat berikut boleh diterima? Perajurit berjuang demi mempertahankan negara. 2. Kata pemeri ialah diikuti dengan kata nama. Betulkah ayat yang berikut? Pekerjaannya ialah menternak ikan. | 1. Ayat tersebut betul kerana frasa sendi nama boleh boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. 2. Ayat yang betul ialah Pekerjaannya ialah penternak ikan. | Tatabahasa | 09.06.2010 |
| Apa istilah untuk suami yg tinggal di rumah. Contohnya kalau isteri dipanggil surirumah. Terima kasih | Tidak ada istilah khusus untuk suami yang tinggal di rumah kerana dia tetap bergelar suami walau apa jua pekerjaannya. | Istilah | 09.12.2011 |
| penggunaan kata nama 'petani' 1) petani menanam sayur di kebun atau 2) pekebun menanam sayur di kebun kalau dua-dua pun boleh terima, jadi bagaimana nak bezakan dua jenis pekerjaan ini? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "petani" bermaksud orang yang pekerjaannya bercucuk tanam (mengusahakan tanah), manakala "pekebun" pula ialah orang yang memiliki atau yang mengurus kebun. | Istilah | 18.05.2015 |
| Apakah perbezaan antara impian dengan cita-cita? Adakah dua perkataan tersebut sama maksud? Jika tajuk 'Impian Saya', murid menulis impiannya menjadi pemain bola sepak. Adakah itu betul?Adakah jawapan tersebut tergolong dalam 'cita-cita' atau 'impian'? | Perbezaan antara impian dan cita-cita: Impian bermaksud sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan atau angan-angan. Cita-cita bermaksud: 1. Harapan, hasrat, keinginan (yang kuat). Contoh: Cita-citanya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak. 2. Maksud, tujuan yang hendak dilaksanakan. Contoh: Aku rintang pekerjaannya itu dgn cita-cita yang luhur. Jika dilihat maksud bagi kedua-dua perkataan itu, tajuk yang lebih sesuai ialah Cita-cita Saya bagi merujuk keinginan untuk menjadi pemain bola sepak. | Istilah | 30.07.2015 |
| Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad | Contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; - menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka. - Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya. Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai. Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi. walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya. Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya. | Sastera | 21.03.2012 |