Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.két] | ڤيکيت

Definisi : (pékét) bekas kecil drpd kadbod, kertas, plastik, dsb utk mengisi barang, bungkusan kecil: satu ~ gula-gula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peket


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul, 'paket' atau 'peket'? Berdasarkan carian saya: 1. Pada 24.07.2008, pihak DBP menyatakan 'paket' 2. Pada 14.02.2011, ia menjadi 'peket' 3. Pada 31.07.2018, kembali menjadi 'paket' 4. Pada 25.12.2019, 'peket' semula. 5. Pada 04.06.2021, menjadi 'uncang' Jadi, adakah perkataan 'paket' atau 'peket' sudah tidak diterima? Atau bagaimana? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ejaan kedua-dua untuk perkataan adalah betul. Menurut Kamus Dewan Perdana paket ialah bungkusan yang dikirim melalui pos. Perhatikan tanda Id yang membawa maksud daripada bahasa Indonesia  (Rujukan: Kamus Dewan Perdana).

Peket pula membawa maksud bekas atau bungkusan kecil daripada plastik, kertas dan sebagainya  yang digunakan untuk mengisi barang (Rujukan: Kamus Dewan Perdana). Padanan  ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Ejaan04.10.2021
Assalamualaikum tuan/puan, Mohon khidmat nasihat berkaitan pengguna perkataan masing-masing. Ayat yang mana paling tepat atau betul? 1. Empat peket plastik bertanda "K1" hingga "K4" 2. Empat peket plastik masing-masing bertanda "K1" hingga "K4" 3. Empat peket plastik masing-masing bertanda "K1", "K2", "K3" dan "K4" sekian terima kasih.

Ketiga-tiga ayat tersebut boleh digunakan dengan penambahbaikan yang berikut:

1. Empat paket plastik bertanda K1 hingga K4.

2. Empat paket plastik masing-masing bertanda K1 hingga K4.

3. Empat paket plastik masing-masing bertanda K1, K2, K3 dan K4.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 431 - 575.

Tatabahasa08.11.2024
apakah ejaan yang lebih tepat? paket plastik atau peket plastik?Ejaan yang betul ialah peket plastik.Ejaan14.02.2011
Sekiranya saya ingin merujuk kepada 'a small pack of batteries/cigarettes' dalam Bahasa Melayu, yang manakah lebih tepat? Satu paket atau satu peket bateri/rokok? Atau kedua-duanya boleh digunakan?Penggunaan yang betul ialah satu peket bateri/rokok.Tatabahasa25.12.2019
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "Sachet". Adakah Peket atau uncang. Terima kasihPadanan yang tepat bagi perkataan "sachet" ialah "uncang", iaitu sejenis pundi-pundi kecil atau karung yang biasanya diperbuat daripada kain dan digunakan untuk mengisi barang-barang yang dibawa. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)Makna23.12.2020

Kembali ke atas