Minta diperbetulkan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. | (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut) (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. | Tatabahasa | 07.03.2014 |
Minta diperbetuklan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. | (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut) (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. | Tatabahasa | 06.03.2014 |
Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan A. besar-besaran B. gilang -gemilang | Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan besar-besaran. | Tatabahasa | 12.07.2011 |
Mohon pandangan tuan berhubung penggunaan ayat "kalangan" seperti berikut: 1) Perkataan "dari kalangan" Contoh ayat: Kumpulan Peladang Muda/Kor Tani merupakan satu kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan dan menggiatkan penyertaan dari kalangan ahli muda lelaki dan wanita PPK. 2) Perkataan "di kalangan" Contoh ayat: Pertikaian yang berlaku di kalangan Kumpulan Peladang Muda hendaklah diselesaikan secara rundingan muhibah. Soalan: 1) Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai digunakan untuk "kalangan" ? 2) Bila penggunaan "di kalangan" / "dalam kalangan" / "dari kalangan" / "daripada kalangan" / "kalangan" sesuai digunakan? | Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Untuk makluman, kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Frasa yang betul daripada kalangan. | Lain-lain | 05.03.2014 |
Salam sejahtera Tuan, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan untuk penyemakan terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu iaitu seperti yang tertera di bawah ini:- a) Planter's Act = Akta Penanam; atau b) Planter's Act = Akta Peladang. Antara terjemahan item (a) dan (b) mana satukah terjemahan ke bahasa Melayu yang betul dan boleh digunapakai? Memohon pencerahan pihak tuan berkenaan perkara di atas. Sekian terima kasih. | Salam sejahtera, Kedua-dua perkataan tersebut betul penggunaannya. Penanam bermaksud orang yg menanam (menanamkan). Peladang bermaksud orang yg menyelenggarakan ladang atau petani. Kami mencadangkan Akta Peladang yang mempunyai lebih luas maksudnya. Sekian, terima kasih. | Istilah | 30.10.2017 |
Mohon bantuan proses penerbitan bahan bercetak berbentuk ilmiah yang berkisar sektor pertanian. Adakah perlu dapatkan kelulusan KDN atau memadai DBP sahaja. Bahan terbitan adalah berkaitan aktiviti LPP dan kisah kejayaan usahawan. Edaran merangkumi ahli peladang, universiti dan jabatan/agensi kerajaan. | Mohon bantuan proses penerbitan bahan bercetak berbentuk ilmiah yang berkisar sektor pertanian. Adakah perlu dapatkan kelulusan KDN atau memadai DBP sahaja. Bahan terbitan adalah berkaitan aktiviti LPP dan kisah kejayaan usahawan. Edaran merangkumi ahli peladang, universiti dan jabatan/agensi kerajaan. Tiada kelulusan daripada DBP dalam penerbitan bahan bercetak sama ada buku, buletin, brosur atau manual. Kelulusan DBP hanya untuk penerbitan bahan dan buku terbitan DBP sahaja. Kami mengalu-alukan pihak puan menerbitkan bahan bercetak berbentuk buku dengan DBP. | Lain-lain | 30.12.2013 |