salam, apakah beza antara "penglahiran" dan "pelahiran". Jika bentuk "penglahiran" tidak wujud mengapa terdapat perkataan "penglibatan" dan pelibatan. Terima kasih. | Saudara Effendy, Perkataan "pelahiran" bermaksud perihal melahirkan. Dari sudut morfologi atau pembentukan kata, kata lahir mendapat imbuhan meN... dan peN.... Oleh itu terbentuklah perkataan "pelahiran" dan "melahirkan'. Tidak ada bentuk "penglahiran" dan "menglahirkan". Begitu juga dengan kata libat apabila mendapat imbuhan meN... dan peN... maka terbentuklah perkataan melibatkan dan pelibatan. Walau bagaimanapun, masih ada pengguna yang menggunakan bentuk penglibatan atas alasan kebiasaan. | Tatabahasa | 22.10.2010 |
Salam sejahtera, 1) Apakah beza antara "pelahiran" dan "kelahiran" iaitu "labour" dan "delivery". 2) Adakah menterjemahkan "fatigue" sebagai lesu atau "letih" tepat. Jika pembaca sasaran golongan ibu berpendidikan saya kira lebih baik buat pinjaman, iaitu kekalkan menjadi fatig. Terima kasih. Selamat mengundi 5 Mei nanti. Orang DBP baik belaka. | 1. Pelahiran ialah perihal atau perbuatan melahirkan seperti ayat pelahiran golongan pencinta muzik tradisional dalam kalangan generasi muda ... dan kelahiran ialah perihal keluar dari kandungan ibu seperti ayat pada saat kelahiran anaknya itu, Ani menangis .... 2. Terjemahan fatig ada digunakan tetapi khusus dalam bidang perubatan, manakala dalam konteks umum fatigue diterjemahkan kepada penat, letih atau lesu. | Makna | 11.04.2013 |
apakah maksud ekspresi?? | Saudara, Makna ekspresi ialah pelahiran maksud dengan kata-kata . | Makna | 28.02.2010 |