Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelajarannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ayat berikut betul? 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London. 2. Abang saya melanjutkan pelajarannya ke London. 3. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya. 4. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke univerisiti Malaya.Jawapan yang betul ialah 1. Abang saya melanjutkan pelajarannya di London.  2. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya ke Univerisiti Malaya.Lain-lain19.08.2010
Mana yang betul: 1. Abang melanjutkan pelajarannya ke universiti ATAU 2. Abang melanjutkan pelajarannya di universiti.Penggunaan kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju atau digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh itu lebih tepat jika menggunakan kata sendi nama 'ke' dalam ayat 'Abang melanjutkan pelajarannya ke universiti'.Tatabahasa27.08.2007
Ali akan melanjutkan pelajarannya di luar negara dalam bidang perubatan. penggunaan di luar negara betul atau ke luar negara betul? apa beza kedua-duanya? tqPenggunaan ke luar negara betul kerana ke merupakan kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui. Manakala di pula ialah kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll. T.kasih.Lain-lain04.09.2008
Dia sentiasa rajin seperti semut untuk mengulang kaji pelajarannya. Dia sentiasa garang macam singa tetapi baik hati. Ayat ini boleh diterima?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Abang memang (mentah) dalam pelajarannya. (b) Kami (rendah) kawasan semak itu untuk mendaki Bukit Jong. (c) Pak Leman sedang (tajam) mata sabit itu. (d) Usahlah kamu (tajam) akan peristiwa sedih itu lagi. (e) Dia masih (keras) tidak mahu bertolak ansur dengan kawannya. (f) Oleh sebab badannya terlampau (lurus), dia enggan bergaul dengan orang. (g) Wajah budak perempuan itu sangat (tawar). (h) (Tawar) kerja di kilang kasut itu diterima oleh mereka. (i) Nasi lemak Mak Limah begitu (jalan) dijual.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
'Nenek menyimpan barang-barang kemasnya dengan rapi.' Bolehkah tuan terangkan kepada saya apakah kesilapan dalam ayat ini. 'Ali memasang angan-angan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara.' Bolehkah kita menggunakan 'memasang angan-angan' terima kasih

Perkataan "barang kemas" memadai dan tidak perlu digandakan, manakala "memasang angan-angan" tiada dalam rujukan kami sama ada dalam bentuk peribahasa atau ungkapan Melayu, perkataan tersebut mungkin digunakan sebagai bahasa percakapan.

Tatabahasa11.11.2009
Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasihUngkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami.

Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh.
Tatabahasa16.09.2013
Ayat: Halim melanjutkan pelajaran ke universiti. Ayat: Halim melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.Penggunaan kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju atau digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Oleh itu lebih tepat jika menggunakan kata sendi nama 'ke' dalam ayat 'Halim melanjutkan pelajarannya ke universiti'.Tatabahasa22.11.2012

Kembali ke atas