Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelakonnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam.. apa maksud tablorama? tqlakonan pentas atau drama yang pelakon-pelakonnya tidak bercakap.Lain-lain25.09.2007
Saya ingin bertanya berkenaan terma "Breaking the 4th Wall" dalam Bahasa Melayu. Terma ini sering digunakan untuk filem yang menggunakan konsep dokumentari atau pelakonnya bercakap dengan kamera dan audien. Terima kasihMohon berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.Makna20.02.2022
APAKAH DEFINISI BAGI DIALOG DALAM TULISAN, DIALOG RASMI, DIALOG TIDAK RASMI, DIALOG BAKU DAN DIALOG KOLOKIAL

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dialog bermaksud: 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kam­pung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pe­mandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. Dalam konteks soalan yang dikemukakan, dialog dalam tulisan bermaksud tulisan yang berkaitan dengan perbualan atau percakapan yang ditulis dalam skrip, novel dan cerpen. Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi: perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi   seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku: perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial: perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah.  

Tatabahasa28.09.2010
maksud televisyen,video dan filem

Sdr. boleh membuat carian kata melalui kamus yang tersedia di laman khidmat DBP. Definisi bagi pertanyaan sdr. adalah seperti berikut;

Televisyen ; proses penyiaran gambar serta bunyi menerusi udara atau kawat dgn menggunakan alat yg dpt mengubah gambar dan bunyi menjadi gelombang elektrik dan mengubahnya kembali menjadi gambar dan bunyi pd alat penerimanya.

Video ; alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen). 2 = pita ~ pita bermagnet utk merakamkan filem dr televisyen dsb. 3 = filem ~ filem yg telah dirakamkan pd pita video (dpt ditayangkan di televisyen

Filem ; benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (negatif); 2. gambar bergerak yg ditayangkan pd layar, biasanya di pawagam, wayang gambar: mereka selalu berbicara tentang cerita ~;~ bicara wayang bersuara (wayang gambar yg pelakon-pelakonnya berkata-kata); ~ berwarna wayang gambar dlm warna-warni; ~ bisu wayang gambar yg pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi;memfilemkan menjadikan filem, membuat cerita dlm bentuk filem: syarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee;perfileman (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~.

Definisi adalah dirujuk dari Kamus Dewan.

Sekian. Terima kasih.

Lain-lain05.05.2008

Kembali ke atas